AntarabangsaIsu Semasa

Norway Edar 10,000 Naskah alQuran Untuk Memerangi Isu Perkauman

Islam ialah agama kedua terbesar di Norway dengan lebih daripada 2% penduduknya.

Pada 2006, statistik kerajaan mendaftarkan 72,023 ahli jemaah Islam di Norway yang mana 56 % mereka hidup di daerah Oslo dan Akershus.

Masyarakat Islam di Norway adalah daripada pelbagai kaum dan sebahagian besar warga Islam ini mempunyai latar belakang pendatang.

Terdapat banyak masjid ditubuhkan di bawah pertubuhan payung Majlis Islam Norway (Islamsk Råd Norge).

 

Orang Islam Di Norway Ditindas?

Menurut sumber, kajian oleh Nora Sunniva Eggen, felo penyelidikan PhD di University of Oslo mendapati semakin ramai umat Islam di Norway menjadi penganggur, menyandang jawatan dengan gaji lebih rendah dan berada dalam golongan miskin.

Sesetengah yang lain pula menjadi mangsa penindasan kaum dan sikap prejudis serta dipandang rendah oleh majikan.

Masalah ini juga dihadapi umat Islam di negara Eropah lain.

 

Norway Benarkan Azan Dilaungkan

Dan pada kebelakangan ini isu perkauman dan islamofobia turut dirasai di Norway walaupun Norway membenarkan kebebasan beragama serta pembinaan masjid dan laungan azan bagi solat Jumaat, selain menyediakan dana bagi masyarakat Islam.

Malah Raja Norway melawat beberapa masjid tempatan tanda bukti tidak ada sentimen anti-Islam dalam kalangan pemimpin dan masyarakat di Norway.

Namun golongan pelampau anti-Islam turut menonjolkan diri negara yang memiliki 2.7% penduduk Islam.

 

Anti-Islam Turut Ada Di Norway

Ini telah mendorong Persatuan Islam Norway mengedarkan 10,000 naskah al-Quran terjemahan bahasa negara itu dalam usaha memerangi perkauman dan kebencian.

Mereka bekerjasama dengan Persatuan Kesusasteraan Islam dan masjid Minhaj-ul-Quran.

Keputusan dibuat selepas kumpulan pelampau berhaluan kanan cuba membakar senaskah al-Quran ketika bantahan di Kristiansand, bandar raya yang diduduki ramai pendatang.

Seorang lelaki bernama Ilyas telah diangkat sebagai wira muslim selepas menghalang pembakaran kitab al-Quran secara terbuka di bandar Kristiansand, Norway, sempena perhimpunan ‘Stop Islamization of Norway (SIAN)’.

Tindakan anggota Stop the Islamization of Norway (SION) dihalang polis tetapi pemimpinnya melemparkan al-Quran ke dalam tong sampah.

Turki, Pakistan dan Iran memberi reaksi keras berhubung kejadian pada 16 November lalu dengan mengeluarkan kritikan rasmi.

“Kami mahu bertindak balas dengan tindakan positif dengan menyebarkan kasih sayang dan pengetahuan seperti diajar al-Quran,” Persatuan Seni dan Budaya Islam dalam kenyataan yang menyatakan naskah suci itu akan diedarkan menerusi internet.

Duta Turki ke Oslo, Fazli Corman memberitahu Agensi Anadolu bahawa pejabatnya memantau rapat perkembangan yang mengambil berat kebajikan penduduk Islam Norway.

Corman berkata, sebelum kejadian di Kristiansand, Menteri Kehakiman dan Imigresen Norway, Joran Kallmyr, berkata pembakaran al-Quran dianggap kebebasan bersuara dan memberitahu polis supaya tidak melarang sebarang pembakaran kitab berkenaan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close