Berita baik jika anda mahu mulakan tahun 2020 dengan saman sifar!
Menurut astroawani, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan diskaun sehingga 50 peratus bayaran pelbagai jenis saman trafik sempena sambutan perayaan Hari Krismas ini.
Namun 6 saman ini dikecualikan daripada dikenakan diskaun.
- Saman Kemalangan
- Saman berstatus NC (No compoundable)
- Saman berstatus waran tahun semasa
- Saman dalam perbicaraan
- Saman ops selamat tahun semasa
- Saman berstatus mahkamah & Saman berkaitan lori
PDRM dalam satu poster disiarkan di dalam media sosial rasmi memaklumkan, bayaran boleh dibuat di Dataran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur pada 24 dan 26 Disember ini dari pukul 8.30 pagi sehingga 4.00 petang.
Tawaran itu juga adalah bersempena Hari Bertemu Pelanggan bersama Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya.