Teknologi

Nintendo Indie World Showcase – 10 Permainan Jadi Tumpuan

Sekali lagi Nintendo telah menutup 2019 melalui pengumuman bagi memperkenalkan permainan-permainan yang bakal Nintendo Switch menjelang 2020.

Nintendo Indie World Showcase merupakan pengumuman permainan indie khusus untuk Nintendo Swith melalui Nintendo eShop yang telah berlangsung pada 10 Disember lepas.

Jadi permainan video apa yang menarik bakal kita nantikan?

  • Sports Story

Ia merupakan sekuel kepada Golf Story keluaran Sidebar Games yang kini merangkumi pelbagai sukan selain golf. Ia turut menggunakan konsep klasik RPG yang menarik.

Jangkaan pelancaran: Pertengahan 2020

  • Street of Rage 4

Seperti yang diura-urakan sebelum ini, permainan klasik ‘beat-em-up’ Street of Rage kembali untuk Street of Rage 4 dengan kembalinya watak ikonik seperti Axel Stone dan Adam Hunter.

Jangkaan pelancaran: Suku Pertama atau Kedua 2020

  • Supermash

Satu permainan dengan konsep yang menarik dimana pemain boleh memilih untuk menggabungkan 2 genre permainan retro atau klasik yang berbeza menjadi satu permainan yang unik lengkap dengan kad kreatif.

Jangkaan pelancaran: May 2020

  • Dauntless

Kepada peminat permainan ‘Monster Hunter’, anda boleh mencuba bermain permainan free-to-play ini di mana ia sedikit sebanyak menggabungkan Monster Hunter dan Fortnite.

Jangkaan pelancaran: Sudah dilancarkan

  • Murder by Numbers

Sebuah permainan gabungan novel dan picross-puzzle yang dibangunkan Hatoful Boyfriend.

Jangkaan pelancaran: Awal 2020

  • SkateBird

Permainan skateboard adalah biasa. Tetapi bagaimana jika seekor burung yang bermainnya?

Jangkaan pelancaran: Hujung 2020

  • Bake’n Switch

Permainan yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, Streamline Media Group menampilkan permainan ringkas solo atau koperasi membuat roti dengan watak doh yang comel.

Jangkaan pelancaran: suku ketiga 2020

  • Sail Forth

Sebuah permainan pengembaraan kapal merentasi lautan dengan peta yang direka secara unik.

Jangkaan pelancaran: awal 2020

  • The Survivalists

Permainan kembara diri di sebuah pulau di mana pemain boleh membina dan terus hidup menggunakan sumber yang ada di pulau tersebut.

Jangkaan pelancaran: awal 2020

  • The Talos Principle: Deluxe Edition

Permainan puzzle sudut pandang pertama yang popular kini bakal dikeluarkan untuk konsol Switch. Versi Deluxe ini mengandungi permainan utama dan kandungan ‘expansion’ Road to Gahenna.

Jangkaan pelancaran: awal 2020

Show More

Related Articles

Back to top button