Teknologi

Sut Exo Bantu Angkat Berat 45kg Seperti 5kg

Bayangkan anda mampu mengangkat bebanan sehingga 45kg tetapi merasa seperti 5kg.

Itulah teknologi yang sedang dibangunkan oleh Sarcos Robotics melalui Guardian XO, sebuah sut exo yang mampu membantu mengangkat objek yang berat dengan mudah.

Guardian XO direka untuk kegunaan ketenteraan dan industri binaan yang memerlukan banyak tenaga manusia.

sumber foto: spectrum.ieee.org

Sut ini telah direka dan dibina sejak 20 tahun lalu dan model pertama ‘alpha’ mereka telah dilancarkan untuk tentera Amerika Syarikat dan beberapa pelanggan industri binaan.

Jelas mereka, sut ini akan mula dipasarkan dalam unit komersial pada akhir tahun 2020.

Sut exo ini direka untuk membantu menyokong postur badan dengan menganalisa kadar bebanan ketika mengangkat objek.

Ia dilengkapi bateri-mudah-ditukar serta mampu digunakan sehingga 8 jam. Dengan kadar pergerakan sehingga 24 darjah, pengguna dapat bergerak dengan mudah tanpa sut menghalang. Pengguna juga mampu menunduk atau membongkok dengan mudah tanpa masalah.

Bahagian tangan pula boleh ditukarkan kepada peralatan yang bersesuai seperti pelantar atau pencangkuk.

Menurut Sacros Robotics, Guardian XO merupakan sut exo-robot yang pertama di dunia dijana menggunakan bateri mampu membantu mengangkat objek sehingga 90kg dengan selamat.

sumber: CNet

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close