AntarabangsaBisnes & EkonomiIsu Semasa

Warga London Memilih Untuk Tinggal Di Dalam Bot?

Pernahkah terlintas di fikiran anda untuk tinggal di dalam bot?

Mungkin sekiranya sudah tiada pilihan untuk mendapatkan tempat tinggal dengan harga yang berpatutan itulah yang akan dilakukan.

Perkara ini sudah pun berlaku kepada orang yang tinggal di ibu kota London.

London yang dilihat sedang dalam “kesengsaraan” menjadi antara negara yang memiliki pasaran hartanah yang termahal di Eropah.

Oleh sebab itu beribu orang mencari jalan penyelesaian dan tinggal di dalam bot adalah lebih kurang daripada harga kos tempat letak kereta.

 

Bot Hanya Selebar Katil King

Bot yang memiliki kelebaran lebih kecil daripada saiz katil king ini semakin popular untuk sesiapa yang sanggup untuk tinggal di tempat yang kecil dan kurang selesa.

Bandar Lonoon kini menjadi tuan rumah kepada 4,200 bot terusan dan jumlah ini telah berganda berbanding sedekad yang lalu.

Pihak berkuasa juga sedang mencari insitatif untuk mengadakan tempat tambatan bot ini untuk mengatasi masalah kos sara hidup yang menyebabkan ramai penduduk mereka berpindah untuk tinggal di atas air.

 

Setengah Juta Ringgit Untuk Tinggal Dalam Bot Di London

Liam Mertens, 28 tahun, seorang pelukis persendirian yang tidak layak untuk menerima pinjaman perumahan telah memutuskan untuk mencuba kehidupan di atas air ini.

Dia dan rakannya telah menghabiskan 83,000 pound, hampir setengah juta ringgit untuk bot dengan keluasan 60 kaki persegi yang mana dua pertiga daripada jumlah tersebut digunakan untuk mendapatkan tambatan yang tetap untuk rumah bot mereka yang membolehkan mereka menerima elektrik, air dan saliran air pembuangan yang baik.

“Kami menyewa sebelum ini dan kami tidak memiliki pekerjaan yang stabil untuk mendapat pinjaman kewangan tetapi kami mahu tinggal di London,” kata Martens yang merasakan perkara ini adalah keputusan yang terbaik untuk mendapatkan ruang tersendiri dan tempat untuk tinggal.

Mertens juga terpaksa mengubahsuai banyak perkara untuk tinggal selesa di dalam bot milikya. Untung sahaja Mertens memiliki kemahiran dalam saliran paip serta sistem elektrik.

 

Harga Bakal Naik Tidak Lama Lagi

Menurut Bloomberg, Mertens adalah di antara orang yang bernasib baik untuk mendapatkan tambatan yang tetap beserta kemudahan itu kerana ruang itu pun sudah semakin meningkat harganya kerana terdapat pemintaan yang tinggi terhadapnya.

Walau bagaimanapun, mereka yang memiliki bot dan tambatan ini mereka tetap harus bergerak untuk menyimpan lesen yang dimiliki itu.

Mereka harus berlayar setiap dua minggu dan perlu pergi sejauh 20 batu radius dalam setahun.

Oleh itu mereka yang memiliki rumah bot ini juga perlu kemahiran membawanya. Malah untuk belayar itu memerlukan perancangan yang rapi.

Ia bukanlah sesuatu perkara yang boleh dianggap mudah dan mengendalinya memerlukan sekurang-kurangnya dua orang.

Lesen ini datang dengan kos sekitar 1,000 pound setiap tahun (RM5500).

Pihak berkuasa menjangka bot terusan seperti ini akan meningkat lebih tiga kali ganda dengan mencecah sehingga 1700 rumah bot pada tahun 2022.

Mereka yang mengetuai kawasan ini juga sudah menyiapkan strategi untuk menambahkan 1,800 meter tambatan tetap bagi menampung 100 tambahan bot baharu.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close