SukanTeknologi

Pensyarah Bawa Pulang Pingat Emas Melalui Hearthstone

Kontinjen Malaysia akhirnya berjaya membawa pulang pingat emas pertama bagi kategori e-sukan di temasya Sukan SEA 2019.

“Wkyew” atau Dr. Yew Weng Kean, seorang Professor Madya dan pensyarah di Heriot-Watt University merupakan pemenang pingat emas bagi acara e-sukan Hearthstone.

Beliau berjaya menewaskan pemain dari Thailand di pusingan akhir dengan skor 3-1.

Walaupun terpaksa melalui ‘kumpulan kalah’ selepas tewas dengan pemain Singapura di pusingan penentuan, beliau berjaya melalui kurungan bawah dengan jayanya dan melayakkan diri ke peringkat akhir seterusnya menjadi pemenang pingat emas.

Hearthstone adalah permainan permainan kad keluaran Blizzard yang menampilkan pelbagai karakter dari dunia permainan itu.

Pemain mencipta dek sendiri dengan kad yang dibezakan mengikut jumlah kristal. Terdapat kad berlawan (minions), kad serangan dan bantuan. (KLIK DISINI – Kenali permainan Hearthstone)

Selain Hearthstone, temasya Sukan SEA 2019 tahun ini turut mempertandingkan seperti Mobile Legends, Dota2, StarCraft II dan Tekken 7.

Namun, Malaysia hanya mampu membawa pulang satu pingat gangsa melalui Mobile Legends sebelum Wykew memperoleh emas yang pertama.

Acara Tekken 7 pula akan bermula pada hari ini dan mengharapkan agar atlet Malaysia, Abdul Rahim dan Hee Zi Song dapat membawa pulang pingat emas seterusnya untuk negara.

Show More

Related Articles

Back to top button