AntarabangsaIsu Semasa

Finland Diketuai PM Termuda Dunia, Parlimen Didominasi Golongan Wanita

Perdana menteri baru Finland, Sanna Marin akan meneruskan perjuangan yang luar biasa bagi wanita muda di seluruh dunia apabila mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Finland minggu ini.

Marin, 34 tahun, yang dipilih oleh partinya pada hari Ahad, akan menjadi perdana menteri paling muda di dunia. Beliau dijangka akan mengetuai kerajaan campuran dengan lima orang wanita di tempat teratas, empat daripadanya di bawah usia 35 tahun.

Marin yang baru dipilih tidak mementingkan jantina dalam kemenangannya, memberitahu wartawan, “Saya tidak pernah memikirkan usia saya atau jantina saya.”

Finland menduduki ranking paling tinggi di seluruh dunia dalam ukuran kesaksamaan jantina, menurut Forum Ekonomi Dunia.

Finland memilih perdana menteri wanita pertama pada 2003, dan wanita membentuk 47 peratus parlimennya selepas pilihan raya tahun ini.

Berbanding jantina, Marin mengatakan beliau berfikir tentang sebab-sebab menceburi bidang politik dan manifesto yang telah memenangi kepercayaan pengundi.

Marin yang sebelum ini memegang jawatan sebagai menteri pengangkutan Finland, dipilih sebagai perdana menteri oleh anggota Parti Demokratik Sosial sayap kiri selepas peletakan jawatan Perdana Menteri Antii Rinne.

Marin akan mengetuai kerajaan campuran yang terdiri daripada lima parti, semuanya dipimpin oleh wanita. Empat dari mereka adalah wanita berusia di bawah usia 35 tahun: Katri Kulmuni, 32, dari Parti Pusat; Maria Ohisalo, 34, Parti Hijau; Li Andersson, 32, dari Perikatan Kiri; dan Anna-Maja Henriksson, 55, dari Parti Rakyat Sweden.

Umur pemimpin baru itu sebenarnya mungkin lebih penting daripada jantinya kerana negara terbabit telah lama mempunyai perwakilan wanita yang kuat dalam pentadbiran.

Finland memilih presiden wanita pertamanya (ketua negara itu), Tarja Halonen, pada tahun 2000, diikuti perdana menteri wanita pertama, Anneli Jäätteenmäki pada tahun 2003. Awal tahun ini, wanita memenangi 93 kerusi di parlimen 200 kerusi, mencapai 47 peratus daripada badan itu. Rekod sebelumnya, adalah sebanyak 85 kerusi pada tahun 2011.

Sementara itu, golongan muda telah mendapat manfaat di parlimen Finland pada tahun-tahun kebelakangan ini, dengan 48 peratus kerusi dipegang oleh perwakilan di bawah usia 45 tahun. Lapan anggota berada di bawah umur 30 tahun.

Di seluruh dunia, Marin akan menjadi Perdana Menteri termuda di samping pemimpin muda lain termasuk Perdana Menteri Oleksiy Honcharuk dari Ukraine, 35, dan Perdana Menteri Jacinda Ardern dari New Zealand, yang berusia 39 tahun.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close