Hiburan

Industri K-Pop Dilanda Tragedi, Skandal Sepanjang Tahun 2019

Budaya muzik K-pop Korea Selatan adalah salah satu eksport hiburan yang paling menguntungkan di negara itu dan telah menarik penonton besar-besaran di kalangan orang muda di peringkat antarabangsa, terutama di pasaran Asia yang lain.

Walaupun industri itu kebanyakannya menonjolkan imej yang menggembirakan di atas pentas dan skrin, satu siri skandal dan kematian selebriti sepanjang tahun ini telah menarik perhatian kepada sisi gelap industri terbabit.

Berikut adalah beberapa tragedi yang telah menimpa beberapa artis K-pop sepanjang tahun ini:

Image result for seungri"

Mac: Lee Seung-hyun, ahli band K-pop Big Bang yang popular dengan nama pentas Seungri didakwa menyediakan khidmat pelacur kepada pelabur asing di kelab swastanya, dalam skandal yang telah menjunamkan saham agensi bandnya , YG Entertainment.

Jun: Yang Hyun-suk, pengasas YG Entertainment yang mengurus Seungri dan artis-artis K-pop yang lain, meletak jawatan sebagai ketua produser, selepas skandal dadah dan seks terbongkar.

Image result for sulli"

Oktober: Choi Jin-ri, bekas anggota kumpulan f (x) yang dikenali dengan nama Sulli meninggal akibat bunuh diri. Sulli lantang menentang jenayah buli siber apabila menjadi sasaran kritikan selepas memberitahu tentang tidak memakai pakaian dalam. Ia adalah satu kenyataan yang dianggap sensitif dalam industri K-pop yang konservatif.

Image result for hara"

November: Penyanyi K-pop Koo Hara ditemui mati di rumahnya. Polis menemui nota tulisan tangan di mana Hara menyatakan rasa berputus asa. Penyanyi itu telah menerima kritikan ganas dalam talian mengenai hubungannya dengan lelaki, kata media tempatan.

Image result for jung joon-young and choi jong-hoon"

November: Pemuzik K-pop Jung Joon-young dijatuhi hukuman enam tahun penjara kerana merogol seorang wanita dan mengedarkan video yang menunjukkan perbuatan itu. Choi Jong-hoon, 30, bekas ahli band lelaki FT Island, turut dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana merogol wanita itu. Kedua-dua lelaki itu adalah rakan sembang dalam talian yang berkongsi video seks rahsia dan membuat jenaka tentang memeberi dadah dan merogol wanita, kata mahkamah.

Image result for cha in ha"

Disember: Lee Jae-ho, pelakon Korea Selatan yang berusia 27 tahun yang dikenali dengan nama pentas Cha In-ha, didapati mati di rumahnya. Punca kematian tidak diketahui. Pelakon dan juga penyanyi itu telah meninggalkan post Instagram sehari sebelum ditemui mati, memberitahu peminatnya untuk menjaga diri ketika musim sejuk.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close