Isu SemasaTempatan

Hobi Membaca Sudah Tidak Wujud Di Kalangan Remaja?

Nilai pelajar Malaysia dalam laporan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2018 semakin menghampiri purata skor Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) sebanyak 500 mata dalam tiga literasi – bacaan, matematik dan saintifik.

Perkara ini telah menunjukkan bahawa prestasi murid di Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang positif.

PISA dinilai setiap tiga tahun sejak tahun 2000 ke atas pelajar berusia 15 tahun dari kalangan negara OECD dan juga yang bukan OECD.

Mereka dinilai melalui kemahiran sama ada dari aspek membaca, matematik atau sains dengan menggunakan soalan dalam bahasa arahan menurut negara masing-masing.

 

Peningkatan Yang Baik Berbanding Dua Pusingan Sebelum Ini

Pelajar di Malaysia dilihat telah menunjukkan kelebihan daripada tiga aspek ini berbanding tahun 2009 dan 2012.

Menurut keputusan yang didedahkan oleh OECD, Malaysia telah mencatatkan markah sebanyak 440, 438 dan 415 untuk matematik, sains dan bacaan.

Keputusan ini sekaligus menaikkan Malaysia dari paras tiga negara terbawah dan pencapaian Malaysia dalam PISA 2018 itu lebih baik berbanding negara ASEAN lain kecuali Singapura.

“Kita sekarang berada di tengah-tengah dan kita seharusnya menjadi di antara 30% tertinggi dalam dua pusingan yang akan datang.

“Semua perkara yang kami telah lakukan adalah persediaan untuk ke aras itu dan ia sudah kelihatan membuahkan hasil,” kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin.

 

Pelajar Perempuan Vs Pelajar Lelaki

Menurut Dr Amin, melalui ketiga aspek tersebut, pelajar perempuan dilihat menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding lelaki walaupun jarak di antara kedua-dua jantina ini telah mengecil.

Seramai 600,000 pelajar telah turut serta di Pisa 2018 yang mewakili 32 juta pelajar berusia 15 tahun di seluruh dunia.

Di Malaysia, seramai 6,111 pelajar dari 191 sekolah telah mewakili Malaysia dan Malaysia merupakan di antara 12 negara dengan ekonomi yang menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam min prestasi pelajar dalam dua dari tiga subjek yang diuji dalam Pisa.

 

Hobi Membaca Sudah TIdak Wujud

Melalui Pisa 2018 ini, pelajar turut mendedahkan bahawa hobi membaca sudah tidak lagi wujud dan ini adalah perubahan signifikan berbanding pada tahun 2009.

Bahan paling popular sebagai bahan bacaan ialah surat khabar (55%), komik (42%) dan fiksyen (51%).

Lebih 80% daripada akan melayari internet untuk belajar tentang sesebuah topik, mendapatkan ilmu pengetahuan baharu dan baca berita terkini.

Malaysia mempunyai misi untuk mencapai lebih daripada aras normal global dan mahu di tangga teratas satu pertiga negara yang menyertai PISA pada tahun 2025.

Pada PISA 2018, beberapa negara turut serta untuk pertama kalinya termasuk Belarus, Bosnia dan Herzegovina, Brunei, Maghribi, Filipina, Arab Saudi dan Ukraine.

Show More

Related Articles

Back to top button