Bisnes & Ekonomi

Dua Sahabat Bukti Walaupun Lumpuh Mereka Tetap Boleh Berjaya

Pertemuan di antara dua insan dalam sebuah acara sukan para di tahun 2015 telah menyatukan dua insan berkerusi roda ini perniagaan dengan pendapatan lumayan yang mampu memberi mereka pendapatan yang stabil.

Hairul Anuar, 42 tahun sebelum ini merupakan juruteknik sambilan manakala Mohd Afiq Barni, 30 tahun adalah eksekutif pemasaran.

 

Trajedi Menimpa…

Kedua-dua mereka tidaklah dilahirkan kelainan upaya tetapi mereka berdua telah terlibat dalam sebuah kemalangan yang menyebabkan mereka lumpuh dari aras pinggang ke bawah.

Hairul yang jatuh dari tingkat tiga bangunan ketika mahu membetulkan antena televisyen pada tahun 2008 ketika berusia 31 tahun itu telah patah tulang belakang yang menyebabkan dirinya lumpuh.

Manakala Mohd Afiq telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke kerja pada tahun 2013.

Dia disahkan lumpuh dan hanya terbaring selama enam bulan. Akibat kecederaan ini, dia mengalami tekanan sehingga mempunyai niat untuk membunuh diri.

Walau bagaimanapun, Mohd Afiq cuba untuk berdikari semula dengan cuba untuk bergerak sendiri tetapi malangnya dia terjatuh dan patah tangan.

Semasa proses pemulihannya, syarikat dia bekerja menawarkan kerja di pejabat tetapi Mohd Afiq tidak rasa dia mampu untuk terus bekerja.

 

Pelbagai Usaha Dilakukan Sebelum Menemukan Yang Senang Di Hati

Memandangkan dia memegang diploma grafik, Afiq telah memulakan perniagaan dengan mereka banner, kemeja-T dan pelbagai perkara lain untuk setahun sehingga rakan-rakannya yang lain mencadangkannya untuk membuka restoran.

Perniagaan itu mengalami pasang dan surut tetapi dengan bantuan, Afiq akhirnya berjaya menggandakan pendapatan melalui perniagaan restorannya itu.

Walau bagaimanapun, minatnya tidak bertahan lama dan akhirnya dia memberi perniagaan tersebut kepada ibubapanya untuk kelola.

Hairul pula melakukan apa sahaja kerja di sehingga dia tidak sengaja berkawan dengan rakan yang memiliki bengkel di Kuala Lumpur.

Hairul belajar bahawa orang kurang upaya juga boleh memandu kereta dengan bahagian yang dimodifikasi mengikut kesesuaian.

Dia minat untuk belajar perkara tersebut dan berjaya memodifikasikan keretanya sendiri.

Walau bagaimanapun, ia tidak terlintas di fikirannya perkara ini boleh menjadi perniagaan yang baik untuk dirinya dan akhirnya dia pulang ke Johor Bahru dan memulakan perniagaan menjual roti canai, roti john serta murtabak bersama isterinya yang juga berkerusi roda.

 

Pertemuan Di Tangan Tuhan

Dalam proses mempelajari cara untuk memandu kereta menggunakan tangan serta mengenal bahagian auto yang perlu ada di dalam sesbuah kereta OKU, Hairul bertemu dengan Mohd Afiq di tahun 2015 dan menyedari bakat Afiq dalam mereka dan pemasaran.

Hairul pun mencadangkan idea perniagaan pengubahsuaian kereta untuk orang kurang upaya dan Afiq berminat dengan cadangan tersebut.

Ketika itu Hairul sudah pun memulakan bengkel pengubahsuaian kereta tersebut tetapi ia belum berjalan dengan baik.

Masih terdapat kekurangan permintaan pada ketika itu dan kualiti barangan yang ada juga tidak begitu baik sehingga Mohd Afiq memberi idea kepada Hairul dan ia diterima baik olehnya.

 

Double A – Perkongsian Persahabatan Yang Berganda

Mereka kemudiannya memulakan perniagaan bersama pada Januari 2017 bernama Double A Project Enterprise sebagai simbol perkongsian di antara mereka.

Tugas Mohd Afiq ialah untuk mereka bahagian auto mengikut keperluan pelanggan dan kehendak pasaran manakala Hairul akan mereka bahagian tersebut dan memasangnya ke dalam kereta pelanggan.

Ramai daripada orang kurang upaya ini tidak tahu mereka masih berupaya untuk memandu kereta walaupun lumpuh dan kemahiran dua rakan kongsi ini telah mengisi keperluan yang diinginkan oleh golongan ini.

 

JPJ Juga Kagum Dengan Hasil Mereka

Malah Jabatan Pengangkutan Jalanraya turut tertarik dengan perniagaan mereka.

“Dengan sokongan mereka, kami menjadi lebih teruja dengan projek ini dan ia memotivasikan kami untuk meningkatkan kualiti kerja kami dari masa ke masa,” kata Hairul yang juga memiliki seorang anak perempuan berusia 8 tahun.

Apabila ramai yang mendapat tahu tentang perniagaan mereka ini, ramai yang datang dari serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

 

Cara Promosi Yang Baik

Untuk mempromosikan perniagaan ini Mohd Afiq mengambil inisiatif untuk betemu dengan doktor dari pelbagai hospital serta agensi untuk orang kurang upaya serta pusat pemulihan.

Dia juga mengedar risalah serta melakukan iklan di Facebook.

Kini perniagaan mereka lebih stabil dan berhasil menjana pendapatan bulanan untuk mereka berdua sehingga mereka juga boleh mengupah tiga pekerja sementara yang juga orang kurang upaya untuk membantu mereka dalam pekerjaan.

Kerjasama yang terjalin di antara dua sahabat ini telah membantu di antara satu sama lain dari segi mental, kewangan dan rohani.

Dua sahabat ini telah membuktikan bahawa kita tidak boleh berputus asa walau apa keadaan sekali pun.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close