AntarabangsaIsu Semasa

Akhirnya Ketua Eksekutif Wanita Pertama EU Dilantik Dan Ini Janjinya Kepada Kesatuan Eropah

Pada pertengahan tahun ini, Ursula von der Leyen melakar sejarah tersendiri apabila muncul wanita pertama memegang jawatan ketua eksekutif di Kesatuan Eropah (EU).

Ibu kepada tujuh orang anak itu merangkap menteri pertahanan wanita pertama di Jerman itu meraih 383 undi hanya lebih sembilan undi daripada 374 jumlah majoriti.

Beliau yang lahir dan dibesarkan di Brussels, Belgium, tempat bapanya pernah berkhidmat sebagai pegawai kanan di EU seharusnya mengangkat sumpat jawatan pada November lalu tetapi perkara tersebut terpaksa ditangguh akibat Brexit dan juga persaingan Perancis-Jerman.

 

Undi Percaya Akhirnya Berlaku Dan Memihak Kepada Ursula

Walau bagaimanapun, pada 25 November 2019, Parlimen Eropah di Strasbourg telah memberi undi percaya kepada Ursula von der Leyen dengan majoriti 461 berbanding 157 undi untuk memberinya laluan teguh untuk mengawal selia 32,000 kakitangan di tempat kelahirannya itu di samping mewakili 500 juta pegangan ekonomi dunia bermula 1 Disember 2019.

“Saya mohon sokongan anda untuk memberi Eropah permulaan yang baharu,” katanya dalam sebuah ucapan yang mendapat sokongan ramai.

Dalam ucapannya itu, beliau sempat memperlihatkan kemampuannya bertutur dengan lancar dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman sambil berkata,

“Kesatuan kita akan menjalani transformasi yang bakal menyentuh setiap bahagian daripada persatuan dan ekonomi dan kami akan melakukannya kerana ia akan adalah perkara yang betul dan bukan kerana perkara itu adalah mudah.”

Malah beliau juga menjanjikan sebuah Eropah yang mengamalkan perjanjian hijau untuk kesihatan bumi, rakyat dan juga ekonomi.

 

Janji Ursula

Selain daripada janji untuk menangani masalah perubahan iklim, Ursula von der Leyen turut menegaskan untuk Eropah mengambil insiatif untuk mengetuai dunia dalam revolusi ekonomi digital dunia.

“Kita adalah kuasa besar dunia perdagangan. Kita adalah sumber terbesar dan destinasi bagi pelabur asing di mana sahaja di dunia. Kita seharusnya memiliki kuasa kembar dalam digital dan perubahan cuaca untuk meningkatkan dasar industri kita,” kata Ursula von der Leyen.

 

Dalam Parlimen, Pasti Ada Yang Membangkang

Walau bagaimanapun, tidak semua ahli Parlimen Kesatuan Eropah ini berpuas hati dengan ucapan Ursula von der Leyen.

Pihak sayap kanan parti populis dan pihak politik haluan kiri tidak menyokong cadangannya manakala parti hijau masih tidak yakin dengan kepimpinannya.

Selain daripada itu, terdapat satu lagi awan yang masih terawang-awang dalam Kesatuan Eropah iaitu isu Brexit.

 

Brexit Masih Menjadi “Jerawat” Yang Belum Surut Untuk EU

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson bercadang untuk meninggalkan EU pada 31 Januari 2020 setelah Brexit ditangguhkan untuk sekian lamanya kerana terma dan syarat yang tidak menemukan kesepakatan.

Pada masa yang sama, Boris juga tidak mahu mengisi kerusi Britain dalam suruhanjaya tersebut dan bakal menghadapi undian semula pada 12 Disember yang akan datang.

Ursula von der Leyen menyuarakan perasaan kesal terhadap keputusan Britain dan dilihat lebih tenang berbanding mantan ketua eksekutif EU yang sebelum ini sering berjenaka kerana beliau melihatnya sebagai satu kesilapan besar London.

“Saya tiada rahsia bahawa saya akan sentiasa berada di sini tetapi saya juga menghormati keputusan yang diambil oleh rakyat Britain,” ujar Ursula von der Leyen.

“Dan apa sahaja yang bakal terjadi pada masa yang akan datang, persahabatan dan silaturrahim yang kita jalani di antara kedua belah pihak tidak akan berpecah,” tambah Ursula.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close