Isu SemasaSains

Tolong! ‘Finding Nemo’ Bakal Benar-Benar Hilang

Sang ikan yang terkenal melalui filem keluaran studio animasi Pixar, ‘Finding Nemo’ ini diperkirakan akan hilang untuk selamanya oleh para saintis kerana mereka memiliki sifat persenyawaan yang unik.

Dengan keadaan perubahan iklim yang semakin panas ini juga sedikit sebanyak menambahkan risiko kehilangan mereka di muka bumi ini.

Nemo atau ikan badut ini telah diperhatikan kelakuan mereka sejak 10 tahun lalu di kawasan sekitar Pulau Kimbe di Barat Papua New Guinea oleh sepasukan saintis dari Pusat Kebangsaan untuk Kajian Saintifik Perancis (CNRS) bersama saintis bertauliah yang lain.

 

Nemo Memilih Pasangan

Mereka mendapati ikan tersebut mempunyai sifat memilih pasangan.

Ikan badut ini tinggal di kawasan anemone laut (buran) yang mana mereka hidup secara simbiosis dan saling memerlukan antara sama lain untuk kelangsungan hidup.

Kini dengan pemanasan global, suhu laut semakin meningkat dan pencemaran tidak terkawal, kehidupan dua hidupan laut ini semakin terjejas dan mereka mungkin tidak dapat bertahan hidup dengan keadaan ini.

Mereka harus mengubah kehidupan dengan cepat untuk teruskan hidup tetapi para saintis rasa perkara tersebut adalah sukar untuk berlaku.

“Kejayaan untuk bersenyewa dan membiak adalah perkara yang menjamin kelangsungan mereka untuk hidup,” kata Benoit Poujol, pengkaji CNRS.

Ikan badut ini memiliki kitar pembiakan yang sangat unik mengikut kestabilan dan kestabilan persekitaran.

 

Pembiakan Serta Perubahan Jantina Yang Unik

Setiap anemone merupakan rumah bagi seekor ikan badut betina dan seekor ikan badut jantan yang aktif seksual serta beberapa ikan badut jantan lain yang tidak aktif secara seksual.

Apabila ikan badut betina itu mati, jantan yang aktif seksual akan bertukar menjadi betina manakala ikan badut paling besar di antara ikan badut jantan yang tidak aktif secara seksual akan menjadi aktif secara seksual.

Mereka tidak memiliki variasi genetik yang boleh mengubah cara persenyewaan mereka jika persekitaran mereka berada dalam kekangan.

Pada tahun lalu, panel antara kerajaan tentang perubahan iklan pernah mengeluarkan amaran bahawa jika dunia mengalami peningkatan suhu menghampiri 1.5 darjah celsius, dunia akan kehilangan 70% batu karang.

Jika suhu menjangkau 2 darjah celsius, seluruh ekosistem yang penting untuk menyokong hidupan laut akan terhapus.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close