Teknologi

Fon Telinga Tanpa Wayar HUAWEI Dengan Teknologi Intelligent Noise Cancellation

Teknologi fon telinga tanpa wayar atau earbud kini menjadi alternatif kepada pilihan pengguna memandangkan semakin banyak telefon pintar yang dibina tidak didatangkan lagi dengan jack audio.

Namun terdapat pelbagai rekaan fon telinga ini di pasaran dan satu rekaan yang paling menyerlah adalah rekaan Airpod oleh Apple.

Terkini HUAWEI turut melancarkan model terbaru fon telinga tanpa wayar yang sedikit menyerupai Airpod namun dengan teknologi terkini – HUAWEI FreeBuds 3

Huawei FreeBuds 3 Dan Teknologi Intelligent Noise Cancellation

Menurut HUAWEI, HUAWEI FreeBuds 3 dibina dengan teknologi terkini dan mampu membuang bunyi bising di sekeliling dengan baik.

Pada kadar 30% hingga 40% sahaja, kadar audio dapat didengari dengan jelas sekaligus menutup bunyi diluar walau ketika berada ditempat yang ramai orang dan bising.

FreeBuds 3 menggunakan kawalan bluetooth dilengkapi Bone Sensor dan Mic Duct yang mampu menggunakan untuk menjawab panggilan dan mempunyai mikrofon yang baik dan jelas – sama seperti anda menggunakan telefon secara biasa.

Fon ini dilengkapi cip Kirin A1 dan pengguna dapat mengawal kawalan volume atau play and stop menggunakan gesture sentuh tanpa terdapat rekaan butang yang jelas.

Dengan cip ini juga, kadar sync (penyegerakan) antara FreeBuds 3 dan telefon tidak begitu ketara. Anda dapat mendengar bunyi secara serentak melalui fon ini tanpa kadar ‘delay‘ yang lama.

HUAWEI FreeBuds 3 didatangkan dalam bekas pengecasan yang mampu mengecas untuk penggunaan fon sehingga 20 jam.

HUAWEI akan berada di pasaran pada hari ini, 4 Disember 2019 dengan harga jualan RM679 yang bakal dikeluarkan dalam 2 variasi warna – hitam dan putih.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close