AntarabangsaIsu Semasa

Ahli Parlimen Thailand Dari Parti Anti-Tentera Dilucutkan Jawatan

Ketua blok anti-tentera Thailand yang merupakan seorang jutawan, telah dilucutkan status Ahli Parlimen atas kes pemegangan saham media. Keputusan mahkamah itu boleh menyebabkannya diharamkan dari politik dan dipenjara sehingga 10 tahun.

Pemimpin parti Future Forward, Thanathorn Juangroongruangkit, 40, mengejutkan negara monarki itu apabila partinya menjadi pilihan ketiga terbesar pada bulan Mac lalu.

Tetapi Thanathorn bergelut dengan kes-kes undang-undang sejak itu dan digantung dari parlimen awal tahun ini selepas tuduhan mendakwa bahawa beliau memegang saham dalam sebuah syarikat media apabila mendaftar sebagai calon.

Beliau menafikan tuduhan tersebut dan mengatakan ia bermotif politik, tetapi hakim di mahkamah perlembagaan menentangnya, mengatakan bukti yang dikemukakan sebagai “mencurigakan”.

“Status MP Thanathorn telah berakhir,” kata Hakim Worawit Kangsasitiam.

Pelucutan beliau sebagai Ahli Parlimen bermaksud Suruhanjaya Pilihanraya boleh membawa tuduhan jenayah yang membawa hukuman berat termasuk larangan politik dan pemenjaraan.

Ia juga memberi tamparan kepada partinya yang menerima sambutan baik di kalangan remaja.

Rakyat Thailand menyeru untuk membersihkan penglibatan tentera dari politik, menamatkan rekrut tentera dan mengurangkan perbelanjaan pertahanan.

Thanathorn berulang kali menegaskan 675,000 saham yang dipegangnya di V-Luck Media dijual kepada ibunya pada 8 Januari, beberapa minggu sebelum beliau mendaftar untuk bertanding sebagai calon.

Tetapi mahkamah menolak tuntutan itu, mengatakan tidak ada “bukti rasmi” pemindahan itu berlaku pada hari terbabit.

Sebelum berjalan ke mahkamah, Thanathorn mendesak penyokongnya supaya tidak kehilangan harapan.

“Future Forward adalah masa depan rakyat,” katanya kepada berpuluh-puluh orang yang melambaikan bendera parti dan memberinya bunga.

Mahkamah perlembagaan membubarkan pihak pembangkang anti-tentera lain yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra sebelum pilihanraya Mac.

Saingan utama Thanathorn ialah Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha, seorang jeneral yang mengetuai rampasan kuasa pada 2014 dan dipilih sebagai perdana menteri dengan bantuan senator yang dilantik oleh junta.

Future Forward juga telah dikritik kerana lantang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap monarki Thailand.

Monarki Thainland, salah satu yang terkaya di dunia dan diketuai oleh Raja Maha Vajiralongkorn, adalah kuasa tertinggi Thailand.

Bulan lepas, 70 Ahli Parlimen Future Forward mengundi terhadap perintah kerajaan yang memindahkan dua unit tentera utama kepada kawalan langsung raja, satu bantahan politik yang tidak pernah berlaku kepada arahan diraja.

Keputusan itu masih diluluskan oleh parlimen dengan majoriti besar.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close