SukanTeknologi

Bigetron RA Bawa Pulang AS$180,000 Sebagai Juara PMCO 2019

Pasukan dari Indonesia, Bigetron RA telah muncul juara di Kejohanan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile – PMCO 2019 Fall Split Global Finals.

Bigetron RA muncul sebagai juara dikalangan 16 pasukan terbaik dunia di dalam acara yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pada 29 November 2019 sehingga Ahad lalu (1 Disember).

Dengan hadiah terkumpul sebanyak AS$500,000 (RM2.8 juta), pasukan tersebut membawa pulang AS$180,000 (RM752,000) sebagai juara termasuk RM104,000 untuk kemenangan 5 kali ‘Winner Winner Chicken Dinner’ (WWCD).

Setiap pasukan berjaya mendapat WWCD didalam setiap pusingan akan menerima AS$5,000 (RM28,000) sebagai juara pusingan.

Berikut adalah senarai penuh dari tempat kedua hingga keenambelas yang memenangi hadiah wang tunai:

Juara:
Bigetron RA (RM856,000) – Indonesia

Naib juara:
TOP Esports (RM438,000) – China

Tempat ketiga:
Mega.Conqueror (RM229,000) – Thailand

Tempat keempat:
Illuminate The Murder (RM158,000) – Thailand

Tempat kelima:
Entity Gaming (RM50,000) – India

Tempat keenam:
Team Queso (RM54,000) – Sepanyol

Tempat ketujuh:
RRQ Athena (RM33,000) – Thailand

Tempat kelapan:
Orange.Esports.CG (RM41,000) – Kemboja

Tempat kesembilan:
Team Unique (RM20,000) – Russia

Tempat kesepuluh:
Cloud 9 (RM16,000) – Amerika Utara

Tempat kesebelas:
Yoodo Gank (RM16,000) – Malaysia

Tempat keduabelas:
Team SouL (RM33,000) – India

Tempat ketigabelas:
UNIcornGaming (RM12,500) – Taiwan

Tempat keempatbelas:
ARG Wistaria (RM8,000) – Jepun

Tempat kelimabelas:
EGC KR Black (RM8,000) – Korea

Tempat keenambelas:
Kurdistan Esports (RM8,000) – Iraq

Pada hari terakhir kejohanan tersebut, James Yang, Pengarah E-Sukan Global PUBG Mobile dari Tencent Games mendedahkan bahawa untuk PUBG Mobile akan melancarkan Liga Dunia yang dijangka bermula Mei dan Oktober tahun hadapan.

Turut dikongsikan, bagi PMCO Final Global bagi 2020, Tencent menjelaskan sebanyak RM10.4 juta akan dipertandingkan untuk hadiah wang keseluruhan.

sumber: mygameon.my

Show More

Related Articles

Back to top button