Sukan

Maradona Gesa Pasukan Tenpin Boling Negara Bantu Shalin Memecahkan Rekod Nurul Huda

Pemain boling wanita Malaysia, Shalin Zulkifli merupakan antara atlet yang paling lama bertahan dalam arena sukan negara. Cakap tentang sukan boling pasti Shalin adalah figura pertama yang keluar dalam banyangan setiap orang di Malaysia.

Beliau mula bermain boling ketika berusia 9 tahun dan bergelar Olahragawati Muda Harapan Selangor pada tahun 1991.

Pada tahun 1994 beliau menjadi pemain termuda dan rakyat Malaysia pertama untuk menjuarai Kejohanan Wanita Kent Malaysian All-Stars.

 

Inspirasi Ramai Kerana Semangat Juang Yang Tidak Pernah Pudar Sehingga Kini

Kejayaan demi kejayaan yang dilakarnya di pentas dunia boling telah menjadikannya beliau seorang yang menginspirasikan ramai anak muda terutamanya yang minat dengan sukan boling.

Di usia 41 tahun, Shalin Zulkifli terus memperlihatkan semangat juangnya apabila muncul pemenang pingat emas acara perseorangan wanita dalam Kejohanan Asia di Kuwait selepas kerjayanya dikhuatiri akan pudar kerana dikecualikan dari skuad Kejohanan Dunia pada Ogos lalu.

 

Setiap Orang Pasti Ada Impian Masing-Masing..

Namun pada sukan SEA 2019 kali ini, Shalin menyimpan sebuah impian untuk memecahkan rekod bertahan Nurul Huda Abdullah, bekas perenang negara sejak tahun 1980an hingga kini.

Nurul Huda Abdullah memiliki rekod memperoleh 22 pingat emas dari Sukan SEA manakala Shalin pula telah mengumpul 20 pingat emas sejak sembilan kali penampilannya dalam acara berprestij di Asia Tenggara itu.

Nurul mewakili Malaysia dalam acara renang Sukan Asia Tenggara(SEA) buat kali pertama pada umur 11 tahun. Sumber Imej: Facebook.com

Oleh sebab itu juga, Setiausaha Agung Kongress Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Maradona Chok juga memohon keseluruhan pasukan boling Malaysia untuk membantu Shalin dalam mencapai cita-citanya itu.

 

Satu Pasukan Harus Berkerjasama Untuk Shalin

“Shalin harus mendaki gunung yang tinggi untuk memecahkan rekod atau menyamai kedudukan Nurul. Beliau perlu mendapat tiga pingat emas daripada lima acara yang dipertandingkan, dua daripadanya boleh didapati daripada acara beregu, berpasukan dan campuran,” kata Maradona.

“Memenangi acara beregu boleh menentukan sama ada Shalin boleh memecahkan rekod tersebut atau tidak. Jika berjaya, Shalin boleh digandingkan bersama pemain lelaki yang kuat untuk acara beregu campuran dan ini akan mengubah banyak perkara.

Untuk acara berpasukan, Malaysia akan bertempur dengan pasukan yang seringkali mereka berdepan iaitu Singapura dan juga Indonesia yang juga menjanjikan pesaingan sengit.

Manakala acara individu Shalin dan juga Masters (jika beliau melayakkan diri) akan menjadi faktor penentu. Oleh itu ia sangat penting untuk keseluruhan pasukan memberi kerjasama membantunya mencatat sejarah tersebut,” kongsi Maradona dengan TheStar.

 

Rekod Menunjukkan Shalin Mampu Melakukannya

Shalin harus merangkul sekurang-kurangnya tiga pingat emas pada Sukan SEA kali ini yang dijadualkan bakal berlangsung 3 hingga 8 Disember dan perkara ini tidaklah sesuatu yang kita jarang dengar.

Selain memiliki tiga kali kejuaraan dunia. Pertama di Kuala Lumpur 2003, kedua di Monterrey, Mexico 2007 dan ketika di Las Vegas pada tahun 2017. Beliau pernah memenangi merangkul lima pingat emas sekaligus pada sukan SEA di Brunei 1999, empat pingat emas di Kuala Lumpur 2001 dan tiga pingat emas di Korat 2007 serta Kuala Lumpur 2017.

Banyak yang telah Shalin Zulkifli sumbang untuk pasukan boling negara. Oleh itu, kali ini sudah tiba masanya pasukan boling harus membantunya merealisasikan impian memecahkan rekod yang sudah sekian lama dipegang oleh Nurul Huda Abdullah.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button