Gaya HidupPercutianTeknologi

Aplikasi Berguna Untuk Yang Mahu Meneroka Negeri-Negeri Di Malaysia

Bagi yang ada kenalan dari luar negara yang ingin mengetahui lokasi menarik selain yang diketahui umum, aplikasi ini boleh bantu mereka.

Malah jika anda sendiri mahu menerokai Malaysia dengan lebih mudah hanya berasaskan lokasi anda, aplikasi percuma ini adalah sesuai untuk anda sampai ke destinasi dengan tepat dan pantas.

Ianya dikenali sebagai XTVT.

Hasil Ciptaan Anak Muda Tempatan

Ia dibangunkan oleh Abdul Muizz Mohammad Khuzaini yang berusia 31 tahun bersama tujuh rakannya.

Abdul Muizz yang juga merangkat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CiEdge Adventure berkata kepada TheStar bahawa mereka membangunkan aplikasi ini pada awal tahun ini dan sudah mencatatkan 15,000 kali dimuat turun dalam tempoh tiga bulan.

Aplikasi tersebut menawarkan lebih 700 lokasi dan aktiviti dalam 12 kategori merangkumi budaya, alam sekitar, makanan, gua, selam skuba, pendakian, pantai, pusat membeli-belah, muzium, galeri, taman tema, taman awam serta laluannya.

“Terdapat banyak tempat menarik yang tidak diketahui ramai di Malaysia. Itulah sebabnya kami membangunkan aplikasi itu,” katanya.

 

Bukan Hanya Memberitahu Lokasi Menarik

Aplikasi itu juga membolehkan pengguna menghantar butiran tempat dan aktiviti menarik sekitar mereka.

Ia juga membolehkan pengguna menyimpan lokasi dan aktiviti kegemaran serta berkongsi dengan pengguna lain.

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh bekerjasama dengan pengendali aktiviti dan homestay bagi membolehkan mereka membeli tiket dan menempah penginapan.

 

Bakal Dilengkapi VR Tahun Hadapan

Terdapat rancangan untuk meningkatkan jumlah lokasi dan aktiviti menarik menjelang penghujung 2020 dan memasukkan keupayaan VR (realiti maya) di mana pengguna boleh melakukan pratonton 360 darjah di sesuatu lokasi.

“Banyak tempat di Malaysia mempunyai nama tempat yang tidak begitu dikenali pelancong, menjadikannya lebih sukar bagi mereka untuk memahami sejarahnya.

“Jadi pengalaman VR bertujuan untuk membantu mereka merasai sendiri pengalaman sebelum pergi ke sana,” katanya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button