Gaya HidupPercutian

Satu-Satunya Taman Dengan 70 Spesies Tumbuhan Karnivor Di Asia Terletak Di Perak

Memandangkan sekarang ini musim cuti sekolah, sudah pasti ibubapa akan mengambil peluang untuk membawa anak jalan-jalan.

Jika tidak tahu nak ke mana dan mungkin kampung anda di Perak, cubalah terokai satu-satunya taman periuk kera di Asia yang juga dikenali sebagai Taman Eko-Rimba Kledang Saiong (TERKS).

Sumber Imej: libur.com.my

Malah TERKS merupakan taman pertama yang menanam pelbagai spesies tumbuhan itu menggunakan kaedah semula jadi.

Mungkin anak anda boleh terinspirasi dengan keunikan pada tumbuhan liar yang bersifat karnivor ini dan mahu menjadi saintis apabila mereka besar nanti?

 

70 Spesies Tanaman Karnivor Unik Untuk Dilihat

Periuk kera yang memakan serangga ini memiliki 150 spesies di seluruh dunia dan taman yang terletak di Bandar Meru Raya ini menempatkan 70 spesies periuk kera membabitkan 55 spesies endemik, manakala selebihnya hibrid.

Sumber Imej: BeritaHarian

“Taman nepenthes ini adalah taman pertama dalam negara yang mengumpul dan menempatkan spesies periuk kera terbanyak secara berpusat iaitu lebih 55 spesies endemik.

“Tumbuhan itu berasal dari negara seperti Madagascar, Australia, China, Kepulauan Borneo, India, Thailand, Singapura dan Papua New Guinea. Selain itu, ada 15 spesies hibrid secara hortikultur dan semula jadi,” kata Pengarah Perhutanan negeri, Datuk Mohamed Zin Yusop kepada BeritaHarian.

Spesies endemik ialah spesies yang hanya terdapat di sesuatu kawasan tersebut.

 

Taman Periuk Kera Ke-4 Dunia

Katanya, difahamkan taman itu adalah yang keempat dibangunkan di dunia selepas Jerman, Australia dan Britain, tetapi yang menariknya ia satu-satunya ditanam secara semula jadi berbanding tiga negara lagi yang ditanam secara teknik rumah kaca.

Antara spesies menarik yang terdapat di sini adalah ‘nepenthes bicalcarata‘.

Walaupun ia mudah ditemui di kawasan paya gambut di bahagian persisiran pantai barat Borneo yang merangkumi Sarawak, Sabah, Kalimantan dan Brunei, tetapi ia adalah spesies nepenthes yang terbesar dan tanaman dewasa boleh menghasilkan daun sehingga satu meter panjang.

Sementara itu Timbalan Pengarah (Operasi) JPNPk, Ramli Mat, berkata pihaknya menggalakkan penyelidik terutama dari institusi pengajian tinggi (IPT) dalam atau luar negara, datang membuat kajian mengenai spesies nepenthes yang ada di taman itu.

 

RM5 Untuk Mengunjungi Taman Nepenthes

“Penubuhan taman nepenthes ini adalah satu aktiviti baharu berasaskan eko-pelancongan yang cuba diketengahkan jabatan. Ia mampu menyumbang kepada hasil negeri selain hanya bergantung kepada kayu kayan,” katanya.

Katanya, JPNPk hanya mengenakan bayaran RM5 bagi dewasa dan RM2 bagi pelajar sekolah untuk memasuki taman itu dan kutipan berkenaan digunakan untuk tugas memelihara dan menyelenggara kemudahan yang ada di situ.

 

Kelebihan Periuk Kera

Bagi yang ingin berkunjung ke taman ini, pihak Hutan Lipur dan Eko Pelancongan JPNPk ada menyediakan dua kakitangan bagi menjaga dan mengendalikan pengurusan taman dan pertumbuhan periuk kera serta bertindak sebagai penyampai maklumat dan memberi penerangan kepada pengunjung.

Menurut Pengawas Hutan, Shahridan Sahaban, mereka juga memiliki spesies ‘nepenthes clipeata‘ yang berasal dari Kalimantan adalah antara spesies termahal kerana amat sukar untuk diambil di lokasi asal spesies.

“Bagi sesetengah spesies di situ, air di dalam kantungnya boleh diminum untuk dijadikan sebagai herba ubat-ubatan bagi mengubat penyakit kulit dan merawat mata,” katanya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button