AntarabangsaIsu Semasa

Indonesia Bakal Ganti Tugas Penjawat Awam Dengan AI

Presiden Indonesia Joko Widodo memerintahkan agensi-agensi kerajaan untuk menghapuskan dua pangkat penjawat awam pada tahun 2020 dan menggantikan peranan mereka dengan kecerdasan buatan (AI) dalam usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan.

Jokowi membuat kenyataan di sebuah bilik yang penuh dengan pemimpin-pemimpin syarikat besar ketika beliau membentangkan agenda penggal keduanya yang bertujuan mengubah struktur ekonomi terbesar di Asia Tenggara dengan mengurangkan pergantungannya terhadap sumber semula jadi.

Presiden Jokowi yang akan memerintah dalam tempoh lima tahun bermula bulan lalu selepas memenangi pilihan raya pada April, berkata Indonesia harus beralih kepada pembuatan lebih tinggi, seperti kenderaan elektrik dan menggunakan bahan mentah seperti arang batu dan bauksit dalam industri itu, bukan sekadar eksport.

Transformasi sedemikian memerlukan pelaburan asing dan Jokowi berkata beliau akan memperbaiki iklim perniagaan dengan memudahkan urusan dua hala tanpa melibatkan dokumen yang kompleks seperti sedia ada.

Untuk mengurangkan birokrasi, Jokowi berkata empat peringkat tertinggi dalam agensi kerajaan akan diratakan hingga dua tahun depan.

“Saya telah mengarahkan menteri saya (pembaharuan pentadbiran dan birokrasi) untuk menggantikan mereka dengan AI.

“Birokrasi kami akan lebih cepat dengan AI tetapi ia bergantung kepada kelulusan parlimen,” katanya pada hari Khamis di Jakarta.

Jokowi tidak memberikan butiran lanjut, termasuk panduan mengenai peranan tertentu yang akan dikeluarkan atau bagaimana teknologi akan digunakan.

“Salah satu cara kami boleh menggunakan AI adalah semasa proses pendaftaran. Sebagai contoh, kami akan mempermudahkan urusan mendapatkan permit bangunan. Pelesenan akan diberikan berdasarkan kepada pendekatan berasaskan risiko,” kata menteri Menteri Koordinator Ekonomi, Airlangga Hartarto.

Kerajaan juga akan menyerahkan rang undang-undang mengenai pembaharuan cukai bulan depan dan rang undang-undang lain yang menangani isu buruh kepada parlimen, kata Jokowi.

Parti-parti politik dalam pakatan Jokowi menguasai 74% daripada kerusi di parlimen, sehingga memudahkan adminnya meneruskan undang-undang.

Presiden mengulangi pandangan pemerintah bahawa ekonomi Indonesia akan tumbuh 5.04% -5.05% tahun ini, lebih lambat daripada target 5.3%, di tengah-tengah kelembapan ekonomi global.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button