HiburanWayang

Skrip The Rise of Skywalker Dibida Di eBay?

Pengakhiran kepada saga ketiga saga gergasi, Star Wars: The Rise of Skywalker (SWTROS) akan ditayangkan hujung Disember ini di seluruh dunia.

Namun, baru-baru ini telah berlaku satu insiden telah berlaku dan orang ramai mungkin akan mengetahui penamat kepada filem ini.

Satu skrip asli SWTROS telah dijumpai dan telah pun diletakkan di dalam eBay untuk dibida.

Kejadian tersebut berlaku apabila salah seorang pelakon meninggalkan skrip itu dan ia dijumpai oleh pengemas aparment lalu diberikan kepada seseorang.

Individu telah lantas meletakkan skrip itu untuk dibida di dalam eBay.

Pihak Lucasfilm dan Disney berjaya menghalang skrip itu dari terus dibida dan mereka mengenalpasti ia adalah milik Jon Boyega.

Jon Boyega / Finn – Disney / LucasFilms

Boyega menjelaskan ia sedikit cuai kerana meletakkan skrip itu dibawah katilnya untuk digunakan kemudian. Namun, dia lupa dan terus meninggalkan skrip tersebut sehingga ia dijumpai oleh pengemas terbabit.

“Saya dapat panggilan dari semua orang (diatas kecuaian tersebut) termasuk ‘Mickey Mouse’ – “Apa yang kamu dah lakukan!” seloroh Boyega dalam satu temubual.

Walaupun bagaimanapun, menurut Boyega skrip itu hanyalah dialog untuk wataknya – Finn dan tiada penjelasan pengakhiran filem tersebut di dalam nya.

Pengakhiran Saga Terulung

Filem The Rise of Skywalker arahan J.J. Abrams ini merupakan penamat kepada trilogi ketiga arahannya sejak The Force Awakens (2015) dan The Last Jedi (2017).

Ia akan merungkai penamat kepada konflik antara Jedi dan Sith dan kesudahan cerita kepada watak Rey lakonan Daisy Ridley dan Kylo Ren (Adam Driver).

Mendiang Carrier Fisher yang memegang watak ikonik Leia Organa telah meninggal pada 2016 namun Abrams menggunakan beberapa rakaman mendiang yang tidak digunakan dalam filem sebelumnya untuk filem kali ini.

SWTROS dijadualkan akan ditayangkan di seluruh dunia pada 20 Disember 2019.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button