Sukan

Razif Sidek Berkongsi Apa Yang Menyebabkan Mereka Tidak Dapat Buat Terbaik Setelah Memenangi Piala Thomas ’92

Kehebatan adik-beradik Sidek di dalam arena badminton sudah pasti tidak lagi dapat dinafikan.

Setelah berdekad lama mereka dalam sukan bulu tangkis, mereka tidak pernah luput di bibir orang ramai jika bercakap tentang badminton Malaysia.

Sejak tahun 1980an sehingga kini mereka masih aktif lagi dalam badminton dengan menjadi jurulatih sama ada untuk pasukan kebangsaan mahupun kelab.

Datuk Razif Sidek berkata kejayaannya semua bermula dengan motivasi untuk merangkul kejuaraan bagi pihak negara.

“Saya sangat menyayangi setiap peluang yang diberikan untuk bermain bagi pihak negara. Ia merupakan anugerah untuk kerja keras yang kami lakukan yang akhirnya membawa kejayaan sehingga generasi akan datang turut mendapat kebaikannya,” kata Razif yang telah memenangi kejuaraan All-England bersama Jalani pada tahun 1982.

 

Tahun 1992 Merupakan Tahun Kejayaan

Saat yang penting bagi adik-beradik ini ialah pada tahun 1992 apabila Malaysia merampas Piala Thomas setelah 25 tahun dan mendapat pingat gangsa menerusi gandingan Razif-Jalani setelah sukan ini mula diperkenalkan di sukan Olimpik pada tahun tersebut.

“Pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mendapat banyak peluang penajaan setelah kejayaan pada tahun tersebut,” kenang Razif kepada wartawan TheStar.

“Sukan ini pun mengembang dengan sangat pesat dan menjadi sangat popular di Malaysia. Ramai anak muda terinspirasi dengan kami dan kami telah menjadi kayu pengukur bagi pemain-pemain setelah kami,” kata Razif.

 

Anak Muda Perlu Bangkit

Walau bagaimanapun, bagi Razif anak muda tidak boleh terlalu lena dan mengambil mudah. Mereka perlu menunjukkan kemampuan mereka. Jika tidak sukan ini tidak akan mendapat kemudahan dan juga penajaan tanpa prestasi yang baik.

“Terdapat tanda-tanda penurunan di arena sukan badminton Malaysia dan kami perlu mengambil langkah yang drastik dan mencerna pemain yang baik untuk negara,” ujar Razif.

Untuk menaikkan semangat arena badminton Malaysia ini, beliau berharap ibubapa akan terus memotivasikan anak mereka untuk terus bermain badminton seperti arwah bapanya Datuk Sidek Abdullah Kamar yang merupakan tulang belakang keluarga Sidek.

“Ayah kami betul-betul mendorong kami untuk menjadi pemain yang baik pada awal penglibatan kami dan kami sentiasa bersyukur akan itu,” katanya.

 

Ayah Tahu Apa Yang Terbaik Buat Kami

“Saya memulakan kerjaya saya sebagai pemain perseorangan sebelum bergandingan dengan Jalani untuk memenangi pelbagai kejuaraan tempatan dalam kategori B-18.

“Pada tahun 1980, saya berganding dengan Ong Beng Teong dan Jalani pula bersama Misbun tetapi gandingan tersebut tidak bertahan lama apabila ayah kami mengarahkan Jalani dan saya untuk bersama manakala Misbun fokus menjadi pemain perseorangan. Kami tidak melihat kebelakang setelah itu,”kata Razif.

Mereka memiliki jalinan yang sanat baik dan memahami antara satu sama lain. Sesuatu yang sangat penting jika mahu bermain berdua.

“Jalani hanya setahun muda di bawah saya, manakala Misbun ialah dua tahun lebih tua. Kami bertiga sangat rapat dan akan sentiasa berbincang tentang badminton serta strategi. Kami makan, tidur, berlatih dan bercakap tentang badminton,”cerita Razif.

Semasa memenangi All-England untuk pertama kalinya pada tahun 1982, Razif berusia 20 tahun manakala Jalani 19 tahun dan pada ketika itu memenangi All-England adalah seperti menjadi juara dunia.

Mereka berdua tidak sangka boleh pergi sejauh itu tetapi mereka berjaya mengalahkan pemain handalan dunia ketika itu.

 

Taktik Berkontroversi Adik-Beradik Sidek

Walau bagaimanapun, perlawanan All-England juga adalah kali terakhir gandingan adik-beradik ini boleh menggunakan taktik berkontroversi mereka iaitu servis ‘S’.

Mereka mereka servis ‘S’ dengan memukul bulu tangkis tersebut daripada arah bulu. Ini membuat bulu tangkis tersebut terbang tidak secara melulu dan pihak lawan tidak boleh mengambil lontaran tersebut. Namun taktik tersebut telah diharamkan.

“Kami sebagai pemain harus kreatif. Saya penat dengan pemain yang memberi alasan bahawa lawan mereka adalah lebih baik. Pemain seharusnya mencari jalan untuk keluar dari masalah itu dan cari bagaimana caranya untuk menundukkan lawan mereka,” seru Razif.

Menurut Razif, ia sangat penting untuk ada kem latihan berpusat apabila mendekati perlawanan.

 

Kem Latihan Telah Memajukan Kita Untuk Raih Kemenangan Tetapi..

Beliau bercerita pada tahun edisi 1988 dan 1990 pasukan Malaysia telah menjadi naib juara dan kalah kepada China dan mereka tidak mahu perkara itu berlaku lagi.

Oleh itu mereka pergi ke Langkawi untuk menghadiri kem latihan tanpa halangan untuk sebulan. Mereka harus fokus sepenuhnya pada latihan tersebut dan itu telah memotivasikan mereka untuk memberikan seluruh tumpuan pada aksi akhir perlawanan.

Dedikasi dan komitmen mereka berbaloi apabila mereka berjaya mengalahkan pasukan China 4-1 di separuh akhir dan juga mengalahkan pasukan Indonesia 3-2 pada perlawanan akhir untuk mendapatkan Piala Thomas.

Razif mengenang diri pada ketika itu mereka mendapat sambutan daripada pelbagai pihak hampir setiap hari di atas kemenangan tersebut. Sehingga mereka tidak sedar bahawa waktu sudah suntuk dan mendekati Olimpik Barcelona 1992.

“Saya tidak akan pernah melupakannya. Kami ada perarakan di setiap negeri di Malaysia dengan trofi Piala Thomas dan kami meraikannya hampir setiap hari. Dengan hanya beza dua bulan di antara Piala Thomas dan Olimpik Barcelona, persiapan kami terjejas.

Kami juga telah makan lebih dari yang sepatutnya akibat daripada keraian tersebut dan akhirnya mereka mendapat pingat gangsa yang juga merupakan pingat Olimpik pertama Malaysia,” kenang Razif.

 

Bersara Setelah Dua Tahun Memenangi Piala Thomas

Razif bersara setelah Piala Thomas pada tahun 1994 apabila berakhir dengan naib juara setelah kalah dengan pasukan Indonesia.

Setelah itu beliau menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan untuk dua tahun dan telah mengetuai pasukan negara unruk pertama kali sehingga mendapat pingat perak di Olimpik Atlanta melalui Cheah Soon Kit – Yap Kim Hock dan adiknya Rashid pula telah memenangi pingat gangsa Olimpik pertama untuk negara.

Kini pada usia 57 tahu, Razif masih belum mahu mengundurkan diri. Dia mahu berusaha merealisasikan impian emas Olimpik untuk negara dan berharap ia akan ditunaikan melalui anaknya Mohd Fazriq yang kini merupakan handalan di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Semoga dia boleh meneruskan legasi adik-beradik Sidek!

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button