Gaya HidupPercutian

5 Barang Wajib Ketika Bercuti, Salah Satunya Boleh Buat Anda Ke Jepun!

Setiap kali bercuti kadang kala kita terlupa lima barang ini walhal ia sangat berguna semasa percutian tidak kiralah bercuti di dalam atau luar negara, cuacanya sejuk mahupun panas. Oleh itu, jangan lupa untuk bawa lima barang ini ketika bercuti!

 

  1. Ubat-ubatan atau kit kecemasan

    Selain daripada bantuan band dan ubat antiseptik untuk merawat luka, pastikan anda membawa ubat seperti ubat demam (Paracetamol), ubat sakit perut, ubat selesema dan juga ubat elak mabuk laut.

    Balsam juga sangat berguna untuk melegakan gigitan serangga, mabuk laut dan pening kepala. Hati-hati apabila membawa minyak angin kerana ia lebih mudah tumpah dan bakal membuat keseluruhan beg anda berbau!

 

  1. Topi

    Topi sangat berguna dalam keadaan cuaca panas mahupun hujan. Jika anda tidak ada payung, topi boleh menjadi pelindung kepala anda daripada terkena air hujan.

    Bagi yang ingin bercuti ke tepi pantai, topi pantai yang boleh melindungi dari terik matahari adalah sangat berguna dan bagi yang hendak bercuti ke negara sejuk, topi seperti beanie atau snow cap adalah yang terbaik untuk memanaskan bahagian kepala anda.

 

  1. Pelembap

    Tidak kira anda ke tempat bercuaca panas ataupun sejuk. Apabila cuaca terlalu panas ataupun terlalu sejuk, kulit anda boleh menjadi sangat kering dan kadang-kala menyakitkan.

    Pelembap terbaik untuk dibawa ke mana sahaja ialah Bio-Oil Dry Skin Gel kerana ia mengekalkan kulit lembap sepanjang hari, tanpa dikehendaki disapu sepanjang masa.

    Bio-Oil Dry Skin Gel terdapat dalam saiz kecil 50ml dan 100ml – mudah disimpan dalam beg dan bertindak dengan cepat (82% pengguna mendapati perubahan boleh dilihat dalam masa 2 hari sahaja).

    Selain itu, ia juga mampu melembapkan kulit pada keseluruhan wajah, termasuk bibir dan badan anda. Oleh itu anda boleh tinggalkan pelembap khas untuk muka, tangan dan badan dan hanya bawa Bio-Oil Dry Skin Gel ini.

 

  1. Kaca Mata

    Tidak kira anda bercuti di tempat suasana panas atau sejuk, matahari tetap akan timbul. Oleh itu untuk mengelak dari sinaran cahaya matahari, kaca mata adalah salah satu aksesori wajib untuk dibawa.

    Di samping itu, anda pasti akan kelihatan lebih bergaya di dalam gambar kenangan semasa bercuti.

 

  1. Beg lipat


    Beg yang boleh dilipat dan ringan ini sudah seperti beg wajib untuk dibawa ke mana sahaja kerana hampir setiap negara sudah mengamalkan sifar beg plastik.

    Untuk memudahkan diri, bawalah siap-siap beg lipat ini dengan anda. Sekiranya anda tidak menggemari beg lipat sandang tepi, boleh dapatkan beg galas yang boleh dilipat.

 

Bagi yang tertanya-tanya bagaimana salah satu barang wajib ini boleh membawa kita untuk bercuti ke Jepun, Bio-Oil Dry Skin Gel sedang mengadakan peraduan dan hadiah utamanya ialah sebuah pakej pelancongan ke Jepun untuk dua orang!

Caranya sangat mudah! Anda hanya perlu membeli Bio-Oil Dry Skin Gel di kedai farmasi berdekatan dan muat naik resit pembelian di laman https://www.biooilexperience.my untuk peluang memenangi hadiah menarik seperti baucar percutian bernilai RM6,000, bagasi berjenama premium dan juga alat pembesar suara. Jangan lepaskan peluang ini kerana promosi sah sehingga 31 Disember 2019.

Kami juga sertakan tiga langkah mudah di bawah ini untuk pastikan penyertaan anda lengkap.

Jom ke Jepun dengan Bio-Oil Dry Skin Gel!

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button