Teknologi

Promosi Reno Ace – Oppo Lancar Edisi Terhad Gundam

Oppo sekali lagi telah melancarkan edisi terhad untuk model terbaru mereka, Oppo Reno Ace dengan rekaan edisi Gundam.

Oppo Reno Ace merupakan model yang baru dilancarkan pada Oktober lalu dan Oppo menjelaskan telefon ini merupakan versi Reno yang menumpukan kepada ‘gaming phone’.

Ia dibina dengan chipset Qualcomm SDM855 Snapdragon 855+ dengan pilihan 8GB / 12GB RAM dengan storan dalaman 128GB / 256GB.

Telefon ini menggunakan skrin AMOLED 6.5 inci dengan ratio skrin sebesar 83.7% dan Gorilla Glass 6.

Sungguhpun ia dibina untuk prestasi terbaik permainan video mudah alih, Reno Ace didatangkan dengan 4 lensa kamera; 48MP f/1.7 lensa utama, 13MP f/2.4 lensa telefoto, 8MP lensa ultra-lebar dengan 116 darjah kelebaran, dan 2MP lensa monokrom.

Kamera depan pula menggunakan lensa 16MP dengan rekaan klasik Oppo ‘tear drop’.

Telefon ini hadir dengan bateri berkapasiti 4000mAh dan pengecasan 65w SuperVOOC 2.0 yang mampu mengecas dari 0% ke 100% dalam sekitar 30 minit.

Oppo turut memperkenalkan teknologi “4D Vibration” – teknologi gegaran haptic yang lebih realistik ketika bermain permainan video.

Reno Ace dijual pada harga bermula RM1,799 hingga RM2,299.

Oppo Reno Ace Gundam

Dalam mempromosi Reno Ace, Oppo turut mengeluarkan edisi terhad Gundam, salah satu ikon popular dunia anime dan manga.

Rekaan Oppo untuk edisi ini berdasarkan sebuah robot Gundam RX-78-2 dan menggunakan skema warnanya.

Edisi ini juga didatangkan dengan pelindung telefon dengan rekaan perisai Gundam tersebut dan aksesori yang turut menggunakan skema warna yang sepadan.

Namun, edisi ini hanya dilancarkan di China dan hanya 30,000 unit sahaja yang dikeluarkan bersempena ulang tahun ke-40 Gundam.

Di China, ia dijual pada harga CNY3,599 (RM2,125) dan kini telahpun berada di pasaran.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button