AntarabangsaIsu Semasa

Kisah Etnik Islam Yang Diiktiraf Tetapi Dirampas Hak Milik Di Myanmar Amat Menyentuh Hati

Htoo Maung yang merupakan seorang lelaki beragama Islam yang tinggal di Rakhine yang dahulunya adalah amalan biasa untuk duduk makan bersama rakan-rakan lain walaupun berlainan agama.

Minoriti Islam di daerah tersebut sebelum ini hidup berjiranan dengan kaum majoriti Buddha di daerah itu tetapi kini Htoo Maung hanya boleh menziarahi rakannya pada waktu tertentu serta dikawal rapi oleh pengawal bersenjata sebelum harus pulang ke kem berlecak di mana dia dan sebahagian penghuni Kyaukphyu yang beragama Islam yang telah hidup dengan terbatas sejak tujuh tahun lalu.

 

Bagaimana Ketegangan Islam & Buddha Tercetus Di Myanmar

Pada tahun 2012, ketegangan di antara kaum telah terjadi di barat Myanmar termasuk di daerah kampung Htoo Maung apabila terdapat dakwaan bahawa seorang gadis penganut agama Buddha telah dirogol oleh seorang lelaki Islam.

Keadaan menjadi teruk apabila rusuhan terjadi dan perusuh telah menggeledah rumah serta pihak polis telah menahan semua warga Islam di daerah tersebut untuk “keselamatan sendiri” ke sebuah tempat yang akhirnya dijadikan kawasan kem penempatan warga Islam.

Ramai yang takut kecurigaan yang berterusan serta perbezaan agama tidak dapat ditarik balik sehingga pihak berkuasa mendakwa percubaan untuk mengintegrasikan semula komuniti dapat mencetuskan pergolakan baharu.

 

Kaum Majoriti Di Bandar Kyaukphyu Bersedia Menerima Semula Warga Islam Tetapi…

Namun sesetengah warga Islam di Kyaukphyu telah berjaya mengurus dan meneruskan hubungan berjaga-jaga dengan baik dengan rakan-rakan beragama Buddha dengan harapan silaturrahim yang terjalin sebelum ini tidak sepenuhnya terurai begitu sahaja.

“Orang dari kawasan ini tidak menyerang kami,” kata Htoo Maung yang menjangka orang luar yang harus dipersalahkan.

Sumber Imej: Saudi Gazette

Ahli Parlimen, Kyaw Than yang merupakan etnik Kyaukphyu di Rakhine berkata bandarnya sudah bersedia menerima warga Islam untuk kembali namun beliau hanya boleh berbuat demikian jika pihak kerajaan membenarkannya.

“Semua orang di kawasan perkhemahan itu adalah warga negara,” katanya.

Tetapi kami tidak melupakan arahan sosial yang baharu ini.

 

Kehidupan Orang Islam Dirampas Begitu Sahaja

Htoo Maung, yang mana nama sebenarnya telah ditukar untuk melindungi identiti sebenarnya serta semua warga Islam yang lainnya dari kem yang lain hanya dibenarkan untuk mengunjungi bandar selama dua jam sahaja dan itu juga harus dilakukan dengan kawalan polis.

Htoo Maung yang merindui kehidupan lamanya rasa sangat sedih dan mengaku perkara ini tidak pernah terfikir akan berlaku.

“Saya rasa sangat sedih. Saya tidak pernah membayangkan keadaan seperti ini boleh terjadi,” kata Htoo Maung sambil melihat kawasan semak yang dahulunya merupakan rumahnya.

Dia juga menambah bahawa: “Kami bukannya pendatang haram.”

Dia dan banyak lagi orang di dalam kem tersebut merupakan warga Islam Kaman. Tidak seperti warga Rohingya, mereka diiktiraf sebagai kaum minoriti di dalam komuniti majoriti Buddha di Myanmar.

Walau bagaimanapun, status tersebut tidak membantu mereka sedikit pun setelah ketegangan semakin tersebar.

 

Pekerjaan, Rumah, Masjid Semuanya Diambil Alih

Sebelum mereka diserang, ada di antara mereka adalah guru, peguam dan juga hakim manakala ada yang merupakan nelayan atau pengembala lembu.

Kini semua pekerjaan di bandar iu telah diambil alih oleh masyarakat Buddha Rakhine yang juga telah mengambil alih rumah orang Islam yang masih utuh.

Masjid di kawasan tersebut pula kini telah digunakan olejh Saw Pu Chay yang mengetuai kumpulan hak asasi wanita.

Dia yang berusia 53 tahun membela diri menggunakan bangunan tersebut dengan mengatakan rakan Islamnya kadang kala akan berhenti untuk berjumpa dengannya dari kem ke pasar.

“Saya mengenali mereka kerana kami pernah tinggal bersama sejak kecil lagi. Mereka tinggal di sini sudah bergenerasi lamanya,” katanya kepada AFP.

 

Suu Kyi Bakal Membela Negaranya Di Mahkamah PBB

Sementara itu, Aung San Suu Kyi akan mengetuai delegasi ke mahkamah tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mempertahankan pertuduhan yang mana negara majoriti beragama Buddha itu telah melakukan pembunuhan genosid terhadap warga Islam Rohingya.

Gambia, sebuah negara kecil di Barat Afrika yang majoritinya orang Islam bakal membuka kes tersebut dihadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada bulan hadapan selaku wakil daripada 57 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Difahamkan OIC telah mendakwa Myanmar telah melanggar Konvensyen Genosid PBB 1948 melalui kempen ketenteraan yang brutal pada tahun 2017 yang mensasarkan golongan minoriti Rohingya di daerah Rakhine.

 

Gambia Mengetuai OIC & Mendakwa Myanmar Di Atas Genosid Rohingya

Dalam pendengaran bukaan, Gambia dijangka untuk bertanyakan mahkamah untuk melakukan injunksi kecemasan bagi melindungi Rohingya, sebuah keputusan yang telah ditangguhkan sama ada perlunya menangani masalah yang lebih luas daripada ini.

Suu Kyi yang pernah memenangi anugerah Nobel keamanan ini akan mengetuai pasukannya di The Hague untuk “membela kepentingan kebangsaan Myanmar” kata ibu pejabatnya. Menurut sumber, Myanmar juga telah mengekalkan pasukan peguam antarabangsa yang terkenal.

Negara tersebut telah berulang kali menjustifikasikan bahawa tindakan keras ke atas Rohingya adalah perlu bagi membanteras militan dan menegaskan bahawa komuniti mereka sendiri cukup untuk melakukan penyiasatan atas dakwaan penderaan tersebut.

 

Percubaan tindakan undang-undang antarabangsa pertama untuk menegakkan keadilan bagi krisis Rohingya

Sejumlah 740,000 warga Rohingya telah dipaksa untuk meninggalkan tanah mereka dan melarikan diri ke kem di Bangladesh setelah keganasan militan pada tahun 2017 yang mana penyiasat PBB telah membuat kesimpulan ia adalah setanding untuk dikategorikan genosid.

Kes ini bakal menjadi percubaan tindakan undang-undang antarabangsa pertama untuk menegakkan keadilan bagi krisis Rohingya dan ini merupakan contoh yang jarang berlaku apabila sesebuah negara menyaman negara lain ke atas isu yang mana ia tidak melibatkan parti tersebut secara khusus.

ICJ telah ditubuhkan pada tahun 1946 setelah perang dunia kedua untuk mengadili pertikaian di antara PBB dan negara anggota.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button