SukanTeknologi

EVOS Legends Dinobatkan Juara Sulung M1 2019

Kejuaraan dunia permainan mudah alih MOBA (Multiplayer Online Battle Arena) , Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)MLBB World Championship 2019 telah menobatkan juara pertama mereka dalam minggu yang penuh aksi.

Kejuaraan berprestij yang turut dikenali sebagai M1 itu mempertandingkan hadiah yang terkumpul sebanyak AS$250,000 (RM1.04 juta).

M1 melibatkan 16 pasukan terbaik MLBB; 8 pasukan tersenarai secara terus melalui Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) dan 8 pasukan pula melalui kelayakkan M1.

16 pasukan ini berentap di dalam Peringkat Kumpulan yang berlangsung pada 11 hingga 14 November lalu dan hanya 8 pasukan terbaik yang akan beraksi di pentas akhir yang diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 15 hingga 17 November lepas.

8 pasukan yang berjaya memasuki pusingan Playoff akhir adalah Rex Regum Qeon (RRQ) – Indonesia, EVOS Legends – Indonesia, VEC Fantasy Main – Vietnam, Burmese Ghouls – Myanmar, Axis Esports – Malaysia, Todak – Malaysia, Sunsparks – Filipina dan 10second Gaming + – Jepun.

Dengan kemenangan 4-3 keatas RRQ, EVOS Legends muncul juara sulung MLBB World Champion 2019 dan membawa pulang sejumlah AS$80,000 (RM334,00) sebagai hadiah juara.

“Matlamat kami adalah untuk mengumpulkan individu yang mempunyai minat terhadap MLBB dan e-sukan melalui M1. Kami dapat melihat usaha dan latihan yang hebat dari semua pemain profesional yang berusaha untuk mencapai impian mereka. Kami juga mahu menggalakkan semua orang juga untuk terus berusaha merealisasikan impian. Kami mahu menyumbang apa yang kami mampu untuk keseluruhan pembangunan industri e-sukan melalui kejuaraan ini,” – Justin Yuan, CEO Shanghai Moonton Technology.

M1 bukan sahaja dipenuhi aksi hebat MLBB, malah pelbagai aktiviti turut diadakan sepanjang 3 hari acara tersebut berlangsung.

Terdapat persembahan dari artis Malaysia, K-Clique dan persembahan cosplay MLBB berjaya menyemarakkan lagi acara tersebut.

Paling menarik adalah cabutan bertuah dimana sebanyak 18,000 barangan bernilai lebih AS$144,000 (RM601,000) turut diberikan sebagai hadiah pada minggu M1 tersebut.

Kejuaraan M1 telah dianjurkan oleh Shanghai Moonton Technology Co., Ltd dengan kerjasama U-Mobile sebagai penaja dan Youtube Gaming sebagai rakan ‘live-stream’.

Walaupun M1 2019 telah melabuh tirainya, MLBB akan terus berkembang dengan menjadi salah satu permainan rasmi di temasya Sukan SEA 2019 Filipina. MLBB akan menjadi antara e-sukan yang pertama disertakan dalam temasya sukan besar seperti Sukan SEA ini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button