Bisnes & Ekonomi

Dari Sekadar Perkongsian Nak Kurus Kini Menjadi Usahawan Berjaya

Apabila Adda Uwais mula untuk mendokumentasi perjalanan untuk kurusnya di Instagram, dia telah mendapat banyak pengikut yang memuji kecekalannya untuk mendapat hasil yang diinginkan.

Pengikut setianya itu pula beransur menjadi antara pelanggan pertamanya apabila Adda mula untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan dengan jenama EatSlim Lifestyle di mana syarikatnya itu menghasil dan mengedar produk makanan rendah karbohidrat.

 

Bijak Menggunakan Sosial Media Menjadi Perniagaan

Adda adalah di antara peniaga yang bijak menggunakan sosial media dan mendapat pengikut dan mengambil peluang emas dalam pasaran khusus.

Perkongsian cerita Adda telah membuat hubungan emosi terjalin di antara dirinya dan pelanggan yang disasarkan.

Adda telah merasakan sendiri perkara ini apabila pelanggan mahu mengambil pesanan terus ke premis perniagaannya hanya untuk berjumpa dengan dirinya.

“Saya cuba untuk tidak menggalakkan orang datang kerana model perniagaan saya adalah di atas talian. Tetapi apabila mereka datang, takkan pula saya nak berkata jangan? Apabila mereka bertemu saya, mereka kata mereka membeli produk saya hanya kerana saya berkongsi cerita dan tips,” kongsi Adda kepada TheStar.

 

Pelanggan Yang Berpuas Hati Adalah Duta Produk Terbaik

Adda sememangnya bergantung penuh kepada media sosial untuk pemasaran produknya dan baginya pelanggan yang berpuas hati dengan produknya akan menjadi duta terbaik untuk produk keluarannya. Sebab itu juga Adda akan berkongsi cerita pelanggannya kepada semua pengikutnya.

Walau bagaimanapun, Adda mengaku bahawa mengeluarkan mesej yang baharu yang boleh membuat orang tertarik dengan produknya sememangnya sangat mencabar kreativiti namun pemasaran ialah sesuatu yang semua jenama perlu lakukan tidak kira syarikat itu besar atau kecil, lama atau baharu. Ia adalah sesuatu perkara yang kita tidak boleh kata tidak untuk lakukan.

Adda Uwais bersama produk keluaran syarikatnya. Sumber Imej : thestar.com.my

Pemasaran Harus Berterusan Dan Harus Dijalankan Selama-lamanya

“Lihat sahajalah kepada syarikat gergasi seperti KFC dan McDonald’s. Mereka telah berada di pasaran sejak bertahun lamanya tetapi mereka tidak pernah berhenti melaburkan duit kepada pengiklanan. Pemasaran ialah selamanya,” katanya.

Menurut Adda, selain daripada pengiklanan tradisional, terdapat banyak lagi tempat seseorang ahli perniagaan di Malaysia boleh promosikan barangan keluaran mereka.

Antaranya ialah dengan mengikuti ‘networking event’ seperti karnival usahawan supaya orang boleh mengenali jenama kita.

Orang selalunya memiliki satu niat jika mengikuti karnival seperti ini iaitu mahu menjual produk atau perkhidmatan yang diberikan namun bagi Adda sebagai ahli perniagaan, kita perlu membuka minda untuk mahu belajar sesuatu melalui pengalaman.

 

Apabila Berkunjung Ke Negara Orang, Belajar Daripada Mereka

Adda turut berkongsi pengalamannya mengikuti delegasi Malaysia ke anugerah Tulip di Belanda apabila dia berada di sana hanya untuk mengikuti acara tersebut tetapi dia juga mengambil inisiatif untuk mengunjungi negara-negara di Eropah sambil membuat kajian pasaran pengguna.

“Saya harus mengeluarkan duit KWSP saya untuk perbelanjaan saya di sana tetapi saya telah banyak belajar sewaktu di sana dan telah membawa pulang sampel produk dan juga risalah yang memberikan saya idea yang sangat berharga untuk saya memperbaiki pembungkusan produk dan memperkukuhkan lagi pemasaran barisan hadapan syarikat saya,” kongsi Adda.

 

Banyak Yang Meniru Pelan Perniagaannya Tetapi Harus Tetap Positif

Adda yang merupakan salah satu orang pertama yang mengetengahkan diet keto di Malaysia, Adda berkata dia secara semula jadi terinspirasi balik dengan pesaingnya yang mengambil langkah sama dengan dirinya. Ini termasuk pelanggannya yang telah meniru model perniagaan dan produknya.

Namun Adda tidak melihat perkara ini sebagai sesuatu yang buruk malah ia merupakan sesuatu yang positif untuk dirinya kerana apabila orang meniru produknya maknanya dia telah melakukan sesuatu yang betul sehingga orang mahu melakukan hal yang sama.

“Persaingan membuat saya sentiasa harus berinovasi dan mengingatkan saya dengan visi saya sendiri. Saya mahu mempopularkan gaya pemakanan sihat di seluruh Malaysia tetapi saya tidak boleh melakukannya seorang diri. Mungkin pada satu hari nanti saya boleh berjumpa dengan pesaing saya dan berkolaborasi dengan mereka.

Atau mungkin satu hari nanti saya boleh mengumpul semua orang di bawah bumbung EatSlim dan bantu menjual produk mereka juga,” ujar Adda dengan positif.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button