AntarabangsaBisnes & EkonomiIsu Semasa

Produk Singapura Tetapi ‘Made In China’?

Kekeliruan di Singapura terjadi apabila banyak produk yang tertulis ‘Product of Singapore’ (Produk Singapura) paket bawang putih dan kotak susu. Apakah maksudnya dengan label tersebut?

Pengguna di Singapura semakin mempertanyakan tentang hal tersebut kerana kedua-dua daripada produk makanan tersebut sebenarnya tidak datang dari Singapura tetapi hanya diproses dan dipek semula di Singapura. Kedua-dua produk tersebut datangnya juga daripada negara yang berbeza satu adalah China dan satunya lagi adalah dari Australia.

Pengguna sekarang lebih berwaspada dengan hal sedemikian dan ada yang sanggup untuk berbayar lebih untuk produk dari beberapa destinasi yang difikirkan sesuai termasuk Singapura.

Oleh sebab itu persatuan pengguna Singapura telah mengutarakan pendapat untuk pemain industri makanan untuk lebih jelas dan telus dalam melabelkan makanan.

 

Bahan Diimport Tapi Diproses Di Singapura?

Singapura selalunya menjadi tempat pembuatan atau pengilangan produk pemakanan yang seterusnya akan dieksport ke negara jiran tetapi kebanyakan daripada bahan di dalamnya harus diimport.

Walau bagaimanapun, Peraturan Makanan Singapura tidak mewajibkan kilang makanan tempatan untuk melabel negara asal bahan mentah tersebut didapati ini menyebabkan syarikat tenusu yang mengimport susu asli yang kemudian diproseskan di Singapura itu tidak perlu mencatat dari mana asal usul susu tersebut.

Hanya produk makanan yang sudah dikilangkan perlu menulis negara asal mereka.

Contohnya, susu segar F&N Magnolia yang merupakan produk dari Singapura tidak akan akan menulis sumber susu mereka dapati di atas kotak.

Namun menurut Pengarah Urusan F&N Foods, Jennifer See, sumber susu mereka adalah daripada Australia.

Malah pemain industri masih tidak jelas di mana garis bawah yang perlu mereka patuhi dalam menentukan sama ada produk makanan itu dihasilkan di Singapura atau tidak.

 

Apakah Proses Untuk Produk Menjadi ‘Diperbuat Di Singapura’?

Adakah langkah akhir dalam proses penghasilan jus kotak yang mana ia telah diperah, pastur dan diasingkan di negara lain boleh dikategorikan sebagai produk Singapura?

Seorang jurucakap dari Agensi Pemakanan Singapura berkata hanya makanan yang dikilangkan di Singapura boleh menggunakan terma ‘Made in Singapore’ (Diperbuat di Singapura) atau ‘Product of Singapore’ (Produk Singapura).

Namun jurucakap tersebut menambah bahawa negara asal ialah negara terakhir produk akhir itu dihasilkan.

Bagi pihak kastam Singapura, untuk produk eksport, jika ia dilabel berasal dari Singapura, ia bermaksud ia telah diubah di Singapura.

Namun persoalannya ialah berapa banyak perubahan yang perlu dilalui untuk Singapura mengubah label produk tersebut menjadi produk asal Singapura?

 

Berapa Banyak Perubahan Makanan Perlu Dilalui?

David Tan, Presiden Persatuan Pemprosesan Makanan Singapura berkata di bawah undang-undang kastam, nilai mengubah ialah 25% daripada nilah tambahan ke atas makanan import.

Namun untuk mendapatkan insentif cukai bagi barangan yang bakal dieksport ke China, mereka harus menambahkan nilai tambahan sekurang-kurangnya 40% ke atas makanan tersebut.

Bagi Guo Ren, yang mengajar tentang makanan, nutrisi dan sains kulinari di Politeknik Temasek, ia adalah satu perkara yang sukar untuk menjadikan nilai ke atas sesebuah produk makanan itu dalam bentuk kuantiti.

“Kita perlu menetapkan peraturan tetapi ia sangat sukar untuk didefinisikan. Sebagai contoh, seorang pengilang membeli produk hampir siap dari Malaysia dan membongkarnya lalu ditambah sedikit garam dan gula dan melabelnya semula produk dari Singapura. Itu adalah perkara yang tidak boleh diterima oleh saya,” kata Guo.

Memandangkan ia sangat sukar untuk menentukan nilai tambah ke atas makanan ini, ia juga adalah lebih tidak masuk akal untuk melabel bawang yang dikupas sebagai ‘Produk Singapura’ walaupun ia sebenarnya telah ditanam, tumbuh dan dituai di China, kata seorang pengilang.

Loke Chee Weng yang mengelola sebuah syarikat perdagangan yang mengimport bawang putih mentah dari China dan bawang merah dari Filipina berkata mereka mengupas bawang-bawang tersebut di Singapura dan memberinya label ‘Produk Singapura’ – The Straits Times

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button