Isu SemasaSainsTeknologi

Ini Dia Alternatif Kepada Google Yang Akan Bantu Menyelamatkan Bumi

Setiap komputer kini pasti dilengkapi dengan satu enjin carian iaitu Google sehingga kalau kita mahu mencari sesuatu di internet kita akan menggunakan perkataan ‘google’ sebagai kata ganti.

Namun, sebuah enjin carian baharu yang berpangkalan di Berlin sedang meningkat naik namanya apabila mereka memiliki tujuan untuk kembali menghijaukan bumi.

 

Kebakaran Hutan Amazon Telah Membuka Mata Ramai

Peningkatan orang awam memuat turun enjin carian ini terjadi setelah berlakunya kebakaran hutan besar-besaran di Brazil dan juga banyaknya hutan ditebang untuk pelbagai alasan manusia ciptakan.

Ecosia GmBH pula menderma 80& daripada keuntungan yang mereka dapat melalui iklan yang dipaparkan disamping hasil pencarian dengan menanam pokok di serata dunia.

Semakin banyak kesedaran tentang impak perubahan cuaca seperti bencana alam, banjir serta kekeringan yang melampau, semakin ramai orang menggunakan Ecosia.

“Ia sangat mudah untuk meremehkan impak yang dalam dengan menanam pokok. Walhal menanam pokok merupakan upaya paling murah dan senjata paling mampan untuk menyelamatkan bumi ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ecosia, Christian Kroll.

Greta Thunberg Juga Membantu Menyedarkan Manusia Tentang Alam Sekitar

Pencarian tentang syarikatnya telah meningkat 82% tahun ini berbanding tahun lalu setelah orang ramai lebih sedar tentang perubahan cuaca.

Malah kehadiran aktivis Greta Thunberg turut memberi dampak positif sehingga pada 22 Ogos 2019, pengguna Ecosia telah melonjak 1150% daripada angka purata.

Ecosia selalunya memperlihatkan orang memuat turut enjin pencariannya sebanyak 25,000 sehari tetapi sejak 22 Ogos dan peristiwa berdarah di Amazon, Brazil, sebanyak 250,000 muat turun dicatatkan.

Pada umumnya, setiap 45 pencarian ke atas Ecosia akan menjana keuntungan untuk menanam satu pokok yang menelan kos sebanyak US$0.25 (RM1.04).

 

Ecosia Membantu Warga Tempatan

Menurut Kroll, selain daripada penanaman pokok yang mereka lakukan, syarikatnya turut mempunyai program di Brazil yang mencegah kebakaran hutan, membayar ahli bomba tempatan untuk memastikan kebakaran boleh dipadam serta memberi pendidikan kepada orang yang tinggal di kawasan terbabit untuk tidak memulakan kebakaran tersebut.

Kroll yang sudah berjinak dalam perdagangan saham sejak berusia 16 tahun ini memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang pengurusan perniagaan di kolej sebelum membuat keputusan untuk mengubah arah setelah beberapa ekspedisi yang dilaluinya ke India, Nepal dan Amerika Latin yang mana dia mula terdedah kepada kemiskinan dan kepupusan besar-besaran.

Oleh sebab itu beliau menggunakan wang hasil pelaburannya untuk melancarkan Ecosia 10 tahun yang lalu yang mana kini sudah melihat penghasilan lebih daripada 9juta Euro (RM41.4juta) tahun lalu.

 

Ecosia Membantu Menanam Semula Pokok Di Indonesia

Kini mereka sudah memiliki lapan juta pengguna aktif yang membolehkan syarikatnya menanam lebih 74juta pokok di serata dunia termasuk Brazil, Madagascar, Burkina Faso dan Indonesia.

Syarikat ini memiliki misi untuk menanam pokok di kawasan titik panas biodiversiti bagi memelihara spesies tumbuhan dan haiwan tempatan selagi boleh.

Mereka bekerjasama dengan organisasi tempatan untuk menanam pokok yang mensasarkan komuniti tempatan yang paling memerlukan seperti memerlukan pekerjaan, kayu api, makanan dan juga tanah subur.

 

Ecosia Lebih Menyimpan Data Peribadi Pengguna Berbanding Google

Tidak seperti Google, Ecosia tidak mensasarkan iklan kepada pengguna walaupun dengan melakukan hal tersebut mereka sudah pasti dapat menanam lebih banyak pokok dari yang ada tetapi mereka memiliki misi untuk melindungi hak privasi pengguna sebanyak mungkin dengan tidak mengesan penggunaan pengguna serta tidak menjual data kepada pengiklan.

Enjin pencarian Jerman ini berkata mereka mahu lebih mengadakan perkhidmatan hijau seperti memberi pilihan pelancongan yang lebih mesra alam kepada pengguna.

Salah satu perkara yang mereka lihat untuk lakukan di masa hadapan ialah dengan mendirikan pembantu peribadi dengan kesedaran alam sekitar yang pada masa yang sama “tidak memiliki sifat menjengkelkan”, kata Kroll kepada Bloomberg.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button