Isu SemasaTeknologiTempatan

Ada Yang Nampak Kereta Terbang Di Udara Hari Ini?

Kereta terbang Malaysia dijangka untuk berlepas di udara pada hari ini tetapi hanya melibatkan pihak yang diundang oleh syarikat yang membangunkan teknologi tersebut.

Begitulah ulasan yang diberikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Pada hari Isnin yang lalu menteri tersebut telah menjemput ahli parlimen untuk menyaksikan pelepasan kereta terbang dengan dua penumpang di udara.

 

Tidak Dipertontonkan Kepada Orang Awam

Namun sehari selepas memaklumkan hal tersebut, Mohd Redzuan berkata ia tidak akan dipertontonkan kepada orang awam.

“Ini merupakan inisiatif anak muda untuk merekacipta sebuah industri yang bakal diturut serta orang lain. Saya rasa saya tidak akan menyebutkan di mana perkara ini akan berlangsung. Ia sebuah acara tertutup dan hanya dijemput khas oleh syarikat,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen Selasa lalu.

“Mereka sedang memperlihatkan cara untuk mempertingkatkan lagi ke satu aras dengan mendapatkan lebih dana. Oleh itu saya tidak dapat mendedahkan kepada orang awam,” katanya lagi.

Pihak kerajaan sedang merancang untuk merasmikan kereta terbang setelah mendapatkan reaksi bercampur-baur sejak pertama kali ia didedahkan.

 

Terdapat Tiga Kereta Terbang Kebangsaan?

Mohd Redzuan dan pihak kementerian telahpun mendedahkan kereta kebangsaan ketiga negara yang telah dipamerkan prototaipnya yang dijangka akan didedahkan pada hujung tahun ini.

Menurut The Malaysian Reserce (TMR), syarikat Aerodyne Geospital Sdn Bhd yang merupakan pengeluar kereta terbang, yang juga dikenali sebagai ‘Vector‘ ini telah mencuri tumpuan semasa Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 dan bakal mempamerkan uji awam mereka di udara pada bulan Disember ini.

Dalam sebuah wawancara bersama TMR, pengasas Aerodyn dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan syarikat berkenaan, Kamarul Muhammad berkata Vector akan menjadi mobiliti pembangunan udara urban dengan modul bertukarganti yang pertama dunia. Ia dijangka boleh berada di udara untuk 15 ke 20 minit dalam sesebuah penerbangan.

 

Hanya Untuk Penghantaran Kargo Dari Tidak Terbang Jauh

“Vektor direka untuk perjalanan sekurang-kurangnya 60km, cukup untuk meliputi luas kawasan Lembah Klang bagi penghantaran kargo dan pengangkutan dari satu tempat ke tempat lain,” kata Kamarul.

Prototaip yang dibina di sebuah lokasi rahsia di dalam negara ini dikatakan menelan kos sebanyak RM500,000.

Mohd Redzuan belum lagi menamakan pihak yang terlibat di dalam pembangunan kenderaan terbang ini tetapi beliau berkata terdapat dua projek sedemikian.

Beliau berharap sokongan kerajaan dalam teknologi yang kian meningkat ini boleh melihat Malaysia menjadi hab pembangunan atau pemasangan pengangkutan terbang di masa akan datang.

“Seperti yang tercatat di dalam laporan Morgan Stanley, tidak akan ada pertumbuhan dalam penerbangan. Oleh itu perkara inilah yang kami lakukan untuk membantu mereka (pihak swasta) membangun. Seperti yang saya katakan, rakyat Malaysia adalah pengikut yang ragu-ragu.

“Jika tidak ada sokongan, kita harus tunggu lagi 10 tahun seperti yang dilaporkan. Pada masa itu, kita akan menjadi pengikut dan agen kepada teknologi tersebut dan bukannya penggerak utama,”katanya lagi.

 

Tak Jadi Terbang!

Menurut Berita Harian, sesi ujian dirancang bagi ‘kereta terbang’ atau Dron model UAS E-Hang 216 (EH216) yang dijadualkan tidak mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

CAAM menerusi kenyataan berkata, lokasi penerbangan ujian penerbangan terbabit yang dijadualkan di UNIKL MIAT Hangar Subang, terletak kurang 200 meter dari trafik syarikat penerbangan komersial dan helikopter.

Kata kenyataan itu, ia jelas di dalam Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang yang berada di bawah pengawasan ketat oleh Kawalan trafik udara.

“Di samping itu, EH216 hanya mengeluarkan Permit Penerbangan Khas (SFP) oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China yang terhad kepada menjalankan penerbangan penyelidikan dan pembangunan di Grand World Science Park, Guangzhou.

 

Penerbangan Demonstrasi Bakal Disiasat

“CAAM juga menjalankan penyiasatan terhadap pihak yang menjalankan penerbangan demonstrasi tidak sah yang membabitkan EH216 pada 15 November lalu di kawasan sama dalam Lapangan Terbang Subang,” katanya.

CAAM berkata, pihaknya menyokong pembangunan industri aeroangkasa di Malaysia, namun ujian dan demonstrasi penerbangan mesti dijalankan mengikut Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016) bagi memastikan keselamatan terjamin.

“CAAM juga ingin menyatakan bahawa kami terbuka untuk mempertimbangkan permintaan untuk penerbangan ujian EH216 di lokasi yang sesuai,” katanya.

Isnin lalu, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, mengumumkan sesi pandu uji kereta terbang pertama negara dijangka dilakukan buat pertama kali, esok.

Beliau akan menyertai pandu uji kenderaan yang boleh memuatkan dua orang itu.

Menyatakan ia akan dijalankan di Subang, beliau turut mengundang Ahli Parlimen pembangkang menyaksikan sendiri sesi pandu uji kereta terbang berkenaan, bagi menampilkan kenderaan yang menggunakan ruang udara sebagai platform.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button