Teknologi

Bukan Cermin Mata Hitam Biasa – Huawei x Gentle Monster

Satu cermin mata pintar hasil kolaborasi antara syarikat teknologi Huawei dan syarikat kaca mata Gentle Monster Eyewear telah pun dilancarkan baru-baru ini.

Rekaan yang dinamakan Huawei x Gentle Monster Smart Eyewear ini merupakan cermin mata hitam yang dilengkapi teknologi menjawab panggilan telefon atau mendengar muzik.

Cermin mata ini direka untuk pengguna menjawab panggilan atau mendengar muzik menggunakan cermin mata ini tanpa menutup lubang telinga dengan fon telinga atau sebagainya.

Menarik mengenai cermin mata ini, ia dilengkapi dua speaker kecil dengan rekaan semi-terbuka dan mikrofon yang hanya pengguna sahaja boleh mendengarnya.

Dengan sekali pengecasan, dijangkakan sekitar 2.5 jam boleh digunakan untuk untuk menggunakan ciri-ciri ini dengan bateri berkapasiti 85mAh.

Namun, cermin mata ini di datangkan dengan bekas yang boleh mengecas secara automatik dengan kapasiti bateri sebesar 2,200 mAh yang mampu bertahan sehingga 8 jam penggunaan.

Menurut Huawei Malaysia, hanya terdapat dua variasi cermin mata yang dikeluarkan – Eastmoon dan Jackbye, di mana ia dijual pada harga RM1,599.

Mereka turut menjelas terdapat 3 lagi rekaan untuk pengguna rabun namun tarikh pelancarannya akan dikemas kini kelak.

Huawei x Gentle Monster Smart Eyewear ini telah pun berada di pasaran bermula 15 November lepas.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button