Isu SemasaTempatan

Ada Apa Dengan TAR UC Sehingga Ia Menjadi Salah Satu Punca Kekalahan PH Kelmarin?

Menurut pengamat politik, salah satu punca kekalahan PH di Tanjung Piai ialah apabila isu Kolej Universiti Tunku Abdul RAhman (TAR UC) tidak mendapat geran pendidikan seperti biasa oleh pihak kerajaan sehingga ia menjejaskan yuran kemasukan pelajar di kolej universiti terbabit.

Malah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pernah menyebut bahawa jika parti MCA sudah tidak memiliki sebarang pertalian dengan TAR UC yang sudah berusia 50 tahun itu baharu beliau akan menilai untuk memberi bantuan kepada insitusi pendidikan terbabit.

 

TAR UC Ditubuhkan 50 Tahun Lalu Oleh MCA

TAR UC telah ditubuhkan oleh MCA pada tahun 1969 dan telah menerima geran daripada kerajaan terdahulu setiap tahun bagi membolehkan yuran pelajar di kolej universiti tersebut berpatutan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Kerajaan terkini telah memotong geran tahunan TAR UC itu yang berjumlah hampir RM60 juta. Perkara ini diambil kira sebagai salah satu sebab MCA menang besar pada pilihan raya kecil Tanjung Piai kelmarin.

Mengenang susah payahnya awal penubuhan TAR UC dahulu, seorang penjual mee kari di Pulau Pinang telah mengambil inisiatif sendiri untuk memberi sumbangan sebanyak RM0.10 untuk setaip mangkuk mee kari yang dijualnya.

 

TAR UC Hasil Titik Peluh Orang Awam

Loke Thean Meng, 59 tahun berkata pada tahun 1970an, orang ramai tidak kira miskin atau kaya telah bantu dalam pembinaan kolej TAR UC.

“Saya masih ingat lagi orang seperti peniaga kecil, penarik beca dan pendandan rambut telah bersungguh-sungguh mengumpul wang dan mendermakannya kepada kolej tersebut. Tahun ini pula TAR UC menyambut ulangtahunnya yang ke-50 dan sedang menghadapi kesukaran.

Ia tiba masanya untuk saya melakukan sesuatu dan menyumbang bagi masa depan anak-anak,” kata ayah kepada tiga orang anak yang mana anak bongsunya sedang belajar di tahun ketiga di kolej universiti berkenaan.

 

Sumbangan Viral Di Media Sosial

Apa yang mengejutkan Loke ialah setelah dia mengumumkan keputusan untuk menderma itu di akaun Facebooknya, ia sudah mendapat perkongsian dan tontonan sebanyak 150,000 dalam masa satu hari.

Disebalik tulisannya yang viral di media sosial, gerai mee kari Loke di Tanjung Bungah tidak akan banyak membantu TAR UC kerana dia hanya mampu menyediakan 80 mangkuk setiap hari dan tidak akan jual lebih daripada itu kerana tidak mahu memenatkan diri.

“Saya komited dengan menderma sekurang-kurangnya RM10 daripada hasil jualannya setiap hari,” kata Loke kepada TheStar.

Setelah cerita Loke ini mendapat sambutan, ramai lagi telah tampil untuk membantu TAR UC dengan cara mereka masing-masing.

 

Sambutan Sumbangan Dari Negeri Lain Datang

Ketua Belia MCA Perak, Daniel Wa berkata mereka akan mengadakan beberapa jualan amal untuk meningkatkan dana TAR UC. Antara beberapa penjual di jualan amal yang mereka adakan ialah peniaga nenas MD2 dari Sitiawan, penjualan telur dari Ayer Kuning, cendawan dari Taman Canning dan juga nasi dari Batu Kurau.

“Ini bukan kali pertama kami mengadakan jualan amal. Sebelum ini kami juga membantu beberapa sekolah untuk meningkatkan dana.

Kami percaya pendidikan adalah sangat penting dan TAR UC dapat membantu masa depan generasi yang akan datang,” kata Yang Ehee Kuan, 40 tahun yang mengambil langkah untuk membantu TAR UC kerana menurutnya ramai anak rakan-rakannya telah melanjutkan pengajian di insitusi terbabit.

 

Bukan Alumni Juga Mahu Membantu TAR UC

Bantuan daripada Pontian turut diadakan apabila sepasang suami isteri telah mengadakan tabung dana untuk TAR UC. Walaupun kedua-dua daripada mereka bukanlah alumni kolej universiti terbabit tetapi mereka seperti yang lain merasakan pendidikan adalah penting untuk generasi akan datang.

“Apa yang kami kumpulkan adalah jumlah yang sangat sedikit tetapi kami mahu bantu TAR UC meneruskan peranan yang baik serta murni ini,” kata Goh Tiam Huat, 35 tahun yang merupakan seorang pengambil perubatan tradisional Cina di Taman Utama, Pekan Nenas.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button