Sukan

Astro Kem Badminton: Tiada Beza Di Antara Jepun Dan Kita Kecuali Satu Perkara Ini

Ada pelbagai perkara yang kita boleh belajar daripada orang lain. Kadang kita fikir kita sudah bagus dan sudah melakukan yang terbaik tetapi sebenarnya ada banyak lagi perkara yang boleh dipelajari melalui orang lain.

Itulah yang dirasakan oleh pelajar yang mengikuti Astro Kem Badminton yang melalui latihan bersama pasukan kebangsaan junior Jepun.

Tan Zhing Yi, 16 dan Eogene Ewe Eon, 14 tahun mengenang pengalaman mereka beberapa tahun yang lalu di Tokyo telah membuka mata mereka untuk menjadi lebih baik.

 

Chong Wei Dan Kento Momota Adalah Idola Kami

Zhing Yi pertama kali berminat untuk menjadikan badminton sebagai perkara yang serius dalam kehidupannya setelah melihat pertandingan akhir Olimpik 2012 di antara Lin Dan dan Lee Chong Wei.

“Pertamanya saya hanya berlatih sekali atau dua kali seminggu bersama ayah saya yang juga merupakan seorang jurulatih badminton. Tetapi setelah itu saya tersangkut dengan permainan ini dan mula berlatih lebih banyak lagi,” kata Zhing Yi kepada TheStar.

Pada usia 10 tahun, Zhing Yi berlatih setiap hari bersama ayahnya dan pada usia 12 tahun dia menyambung pengajian ke sebuah sekolah sukan di Singapura.

Walau bagaimanapun, Zhing Yi mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia setahun setelah itu kerana merasakan dirinya sudah tidak mempunyai masa di gelanggang dan prestasinya semakin merosot.

“Chong Wei sangat menginspirasikan saya tetapi sejak kebelakangan ini saya cuba meniru gaya Tai Tzu-Ying dan Kento Momota,”katanya.

Sejak memasuki sekolah sukan Bukit Jalil (SSBJ) tahun ini, Zhing Yi bercita-cita tinggi untuk menjadi Juara Dunia Badminton tetapi dia tahu bahawa dia perlu memasuki pasukan kebangsan tahun lalu dan skuad elit sebelum usianya mencecah 18 tahun untuk merealisasikan impian tersebut.

Eogene pula bercerita bahawa dia sering mengikuti ayahnya untuk perlawanan badminton sejak berusia lapan tahun dan dia pun mula berjinak-jinak dengan badminton.

“Sudah tentu saya menonton Lee Chong Wei semasa kecil tetapi kini saya lebih memandang Kento Momota kerana kemahiran, fokus dan pergerakannya di gelanggang,” jelas Eogene.

Eogene yang memasuki SSBJ pada tahun 2017 sudah meletakkan impian menjadi salah seorang skuad elit kebangsaan dan mahu melayakkan diri untuk Olimpik 2028.

 

Jepun Telah Mendorong Diri Menjadi Lebih Hebat

Seperti mana-mana atlet yang hebat, kedua-dua mereka perlu membuktikan kemampuan diri untuk meraih tempat di SSBJ dan apabila mereka mendapat peluang untuk berlatih bersama jurulatih pasukan kebangsaan Jepun selama dua minggu, ia merupakan peluang yang tidak dapat mereka lepaskan.

Walaupun pengalaman tersebut sudah pun berlalu 3-4 tahun yang lalu tetapi ia masih berbekas di dalam diri mereka.

Menurut Zhing Yi, pengalaman di Jepun telah membuat dirinya sedar akan kualiti yang diperlukan untuk menjadi atlet yang serbaboleh.

“Saya sangat terpengaruh dengan apa yang saya lihat dan apabila saya pulang, saya cuba ikut cara pemain Jepun dengan memberi perhatian ke atas tingkahlaku peribadi dan lihat terdapat ruang untuk saya perbaiki diri.

Mereka memiliki semangat juang yang sangat tinggi tetapi sangat menghormati orang lain.

Saya percaya kita tidaklah berbeza dengan mereka tetapi kita mampu untuk menjadi seperti mereka atau lebih baik daripada mereka. Ia hanyalah pilihan sama ada kita mahu lakukannya atau tidak,” jelas Zhing Yi.

Eogene juga berkongsi impak yang diberikan semasa di Jepun ke atas dirinya terutamanya dari segi disiplin dan pemakanan.

“Tingkahlaku mereka yang positif dan komitmen yang mereka berikan untuk berlatih telah memperi impak ke atas diri saya. Sejak daripada itu, saya telah melakukan perubahan untuk menjadi atlet yang lebih baik.

Dahulu saya memiliki sifat malas semasa latihan tetapi apabila saya melihat betapa kerja kuat orang Jepun berlatih, ia telah membuka mata saya. Saya sedar apa yang saya lakukan belum mencukupi,” cerita Eogene.

 

Astro Kem Badminton Sudah Masuk 7 Tahun

Sejak 2012, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah melakukan proses pemilihan untuk Astro Kem Badminton – pencarian tahunan untuk mencari pemain cilik yang terbaik di dalam negara dengan kerjasama di antara Kementerian Pendidikan dan BAM.

Sehingga kini, program ini telah memperlihatkan 16,000 pemain muda telah menjadi graduan daripada klinik tempatan yang dijalankan di enam kawasan termasuk Sabah dan Sarawak.

Bagi ketua jurulatih di Astro Kem Bandminton, Lee Wan Wah dan Chan Chong Ming, setelah laan tahun program ini dijalankan, mereka selalu teruja tentang program ini.

“Tahap permainan pada zaman sekarang adalah lebih tinggi daripada zaman saya berusia mereka,” kata Wan Wah yang telah memasuki pasukan negeri pada usa 16 tahun dan pasukan kebangsaan pada usia 19 tahun.

 

Tiada Beza Di Antara Jepun Dan Kita Kecuali Satu Perkara Ini

Bagi Wan Wah yang menjadi ketua pembangunan pasukan kebangsaan kanak-kanak junior lelaki Jepun sejak bulan April, tidak banyak kelainan di antara pemain Malaysia dan Jepun.

Cara didikan juga hampir sama. Namun mungkin apa yang kanaka-kanak di Malaysia kurang ada ialah minda yang kuat.

“Kebanyakan anak muda di Jepun sangat fokus dan tahu apa yang mereka mahukan,”tambahnya yang melihat pemain tempatan memiliki kelebihan dari segi taktik dan teknikal.

Bagi Chong Ming, dia berkata kekuatan minda harus diajar kepada kedua-dua jurulatih dan pemain agar mereka boleh saling bekerjasama dengan lebih baik.

“Pemain muda perlu memahami cara permainan untuk mendapat mata dan menang. Selain daripada tu, disiplin dan komitmen juga adalah sangat penting.

Kekuatan minda yang baik adalah sangat penting. Jika seseorang itu tidak memiliki tingkah laku yang baik, mereka tidak akan pernah menjadi atlet yang baik,” nasihat Wan Wah.

Peserta Astro Kem Badminton pada tahun ini dilihat seramai 30 dan 2 mantan ahli akan menjadi mentor di Tokyo dari 8-17 Disember.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button