AntarabangsaIsu Semasa

Anda Boleh Dapat Duit Dari Mesin Ini Dengan Memasukkan Botol Atau Tin Terpakai

Di Singapura orang ramai lebih bersemangat untuk melakukan kitar semula kerana adanya mesin yang mengeluarkan baucar wang tunai sebagai ganti kepada botol plastik yang sudah tidak digunakan lagi.

Untuk setiap empat botol air yang tidak digunakan lagi, mesin tersebut akan mengeluarkan baucar bernilai 20sen (RM0.60) yang boleh digunakan di beberapa kedai serbaneka di Singapura.

Inisiatif ini dilakukan oleh Agensi Nasional Alam Sekitar (NEA) dengan kerjasama Fraser & Neave (F&N) untuk menggalakkan orang awam mengitar semula.

Mereka akan mengadakan 50 mesin kitar ini untuk digunapakai oleh orang ramai di seluruh negara itu.

Mesin ini boleh ditemui di pasaraya FairPrice dan juga beberapa pusat membeli-belah seperti AMK Hub, Nex dan Jurong Point.

Sumber Imej: mothership.sg

Mesin ini boleh menerima sehingga botol bersaiz 2 liter yang sudah dimampatkan untuk menjimatkan ruang di dalam mesin.

Setiap satu mesin mampu mengutip dan menyimpan sebanyak 600 tin aluminum dan botol plastik dengan muatan lima ke enam kali ganda.

Apabila mesin ini telah 80-90% penuh, ia akan memberi isyarat secara automatik kepada F&N dan ia akan dikutip untuk dihantar ke pusat kitar semula.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button