Bisnes & EkonomiIsu SemasaTempatan

Pengambilan Alih Tol Tidak Akan Menguntungkan Rakyat Luar Bandar

Pelan kerajaan untuk mengambil alih beberapa lebuhraya utama di Malaysia tidak akan memberi impak yang besar ke atas mereka yang berada di kalangan B-40.

Itulah pendapat penasihat ekonomi Perdana Menteri, Dr Muhammed Abdul Khalid yang dikongsikan oleh The Malaysian Reserve.

Menurut beliau, satu pertiga daripada golongan B-40 ini tidak memiliki kenderaan dan tidak akan mendapat apa-apa manfaat daripada polisi persekutuan untuk menghapuskan tol ataupun subsidi petrol.

“Perbincangan kini yang saya tidak setuju ialah membeli tol di kawasan bandar kerana ia masih tidak dapat memberi keuntungan untuk satu pertiga golongan B40 yang tidak memiliki kereta mahupun motorsikal. Jika saya mempunyai RM6 bilion, adakah saya akan menggunakannya untuk membeli tol di kawasan bandar? Kita seharusnya menggunakan wang ini ke atas pengangkutan awam,” jelas Muhammed.

 

 

Wang Harus Digunakan Dengan Lebih Bijak

“Dan jika ia digunakan untuk pengangkutan awam, ia seharusnya tidak bertumpu di kawasan bandar tetapi luar bandar. Jika saya beli tol di Kuala Lumpur, ia tidak akan memberi keuntungan kepada orang di Gua Musang atau Sabah dan Sarawak,” kata Muhammed.

“Ia bukanlah kerana kita tidak cukup duit tetapi bagaimana kita boleh menggunakan duit tersebut ke arah yang lebih baik. Ini adalah perkara yang mana saya harap kerajaan dapat tangani,” tambahnya.

Muhammed juga berkata sistem cukai di negara kita seharusnya dirombak untuk lebih membantu golongan miskin dan menangani masalah pembayar cukai yang culas.

 

Cukai Harus Dilaksanakan Dengan Lebih Berkesan

Walaupun pengumuman kerajaan dalam bajet kewangan persekutuan untuk menaikkan cukai ke atas golongan kaya disambut baik, tetapi bagi Muhammed, banyak lagi perkara yang perlu dilajkukan,

Dr Muhammed Abdul Khalid

“Ia bukanlah untuk menghukun orang kaya tetapi ia seharusnya untuk menjadikan kadar cukai yang lebih adil. Ramai orang tidak membayar cukai,” kata Muhammed.

“Jika kita lihat pada penunjuk keseimbangan, aras ketidaksamaan dalam pasaran berdasarkan gaji atau pendapatan di Amerika adalah lebih tinggi berbanding Malaysia.

“Namun, setelah cukai dan perpindahan, Amerika adalah lebih rendah berbanding Malaysia. Bagaimana hal ini terjadi? Amerika yang merupakan ‘ketua’ kapitalis tetapi apabila diutarakan hak samarata, mereka adalah lebih baik daripada kita kerana sistem percukaian mereka kita tidak terlalu progresif untuk membantu orang miskin,” jelas Muhammed.

 

Penekanan Ke Atas Orang Miskin Lebih Baik

Muhammed berkata penekanan ke atas orang miskin adalah baik untuk mobiliti sosial dan juga peningkatan ekonomi.

“Jika orang miskin mempunyai RM1 dalam tangan, mereka akan menggunakannya secepat mungkin. Tetapi jika orang kaya mempunyai lebihan RM1 mereka akan ke London untuk membelanjakannya. Jadi ia adalah lebih logik untuk berbelanja lebih kepada golongan miskin,” kata Muhammed.

 

Ekonomi Harus Mengutamakan Pendidikan & Kesihatan

Dalam pada masa yang sama, Muhammed berkata ukuran kemajuan ekonomi negara harus sejajar dengan standard pemantauan pembangunan negara sambil memuji langkah Putrajaya untuk mengambil indeks kemiskinan multidimensional tetapi menurutnya pengukuran tersebut harus diubahsuai dalam dua perkara utama iaitu pendidikan dan kesihatan.

“Buat masa ini, indeks tersebut mendefinisikan anda miskin jika memiliki kurang daripada enam tahun pendidian formal. Namun kami menasihatkan untuk menaikkannya kepada 9 hingga 11 tahun dan sehingga pendidikan sekoalh menengah. Manakalaka dari sektor kesihatan pula, kami mencadangkan untuk memasukkan kanak-kanak yang kurang nutrisi.

 

Prestasi Malaysia Terhadap Kesihatan Kanak-Kanak Memalukan

“Prestasi kami terhadap bagaimana kita menangani kanak-kanak adalah sangat memalukan. Ia seharusnya sudah menjadi krisis kebangsaan kerana ramai kanak-kanak sedang mengalami tumbesaran yang terbantut di Malaysia.

“Di global, masalah tumbesaran satu daripada lima kanak-kanak semakin menurun tetapi di Malaysia ia semakin meningkat kerana berada dalam paras 20%. Ia seharusnya sudah berada dalam krisis kebangsaan,” kata Muhammed.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button