Isu SemasaSains

Losyen ‘Sunblock’ Penyebab Kematian Terumbu Karang?

Satu penyakit SCTLD atau ‘stony coral tissue loss disease‘ (penyakit hilang tisu terumbu batu karang) telah menyerang lautan Caribbean Mexico kurang daripada satu tahun yang lalu dengan 30% daripada terumbu karang di kawasan tersebut terkena jangkitan.

 

SCTLD lebih dasyat daripada ‘Coral Bleaching

Pakar telah memberi amaran bahawa penyakit ini boleh menyebabkan kematian ke atas sebahagian besar Terumbu Karang Mesoamerika.

Malah menurut saintis, SCTLD ini adalah lebih berbahaya daripada pemutihan karang yang juga merupakan salah satu penyakit yang menyerang terumbu karang seperti yang berlaku di ‘Great Barrier Reef‘.

Fenomena ‘pemutihan karang’ yang menyebabkan kematian terumbu karang.

Pemutihan karang berlaku apabila terhadap perubahan persekitaran seperti pemanasan suhu air di laut yang menyebabkan kehidupan haiwan mikro di lautan mati. Alga mikroskopik yang dikenali sebagai zooxanthellae yang hidup di dalam karang inilah sebenarnya yang menghasilkan terumbu karang yang berwarna-warni.

 

Tidak Begitu Ketara Tetapi Impaknya ‘Fatal’

Namun, jika keadaan alam sekitar mampu dikawal pada waktu yang tepat, pemutihan karang dapat dibaikpulih. Walau bagaimanapun, lain pula dengan penyakit SCTLD yang sama sekali tidak dapat dibaikpulih.

“Ia sama sekali telah mengasingkan tisu koral yang menyebabkan kematian dan meninggalkan “tengkorak” putih,” kata Claudia Padilla, saintis dia pusat kajian biologi marin di CRIP Puerto Morelos.

Bagi yang tidak pernah melihat fenomena ini, ia tidaklah begitu kelihatan ketara.

“Ia kelihatan menakjubkan bagi saya. Saya tidak pernah terfikir mereka (karang) tersebut akan mati seperti kata pakar,” kata Emanuel Fernandez, 34, jurutera kimia Argentina yang menjadi pelancong melihat terumbu karang tersebut melalui aktiviti snorkeling.

Untuk Claudia Padilla yang sudah biasa dengan keadaan di laut berkata impaknya sangat ketara. Buat masa ini 25 daripada 40 spesies karang telah terjejas dan 3 berada di ambang kepupusan.

Para pengkaji sedang membangunkan bank DNA untuk terumbu karang yang terancam dengan harapan mereka mampu membawa balik kehadiran mereka daripada terpupus di lautan.

 

Masih Mencari Penyebab SCTLD

Dalam pada itu, saintis sedang berusaha sedaya-upaya untuk memahami apakah yang menyebabkan SCTLD ini.

Salah satu suspek utama ialah kerana kualiti air yang semakin merosot akibat pembuangan sisa tinja yang semakin banyak. Selain itu, losyen pelindung matahari yang sering digunakan oleh pelancong juga mungkin menjadi salah satu faktor menyumbang kepada pencemaran air laut.

 

Losyen Pelindung Matahari Mungkin Salah Satu Penyebab

“Terdapat banyak kajian yang telah menemukan partikel losyen pelindung matahari yang mengandungi oxybenzone telah menyebabkan pembiakan terumbu karang terbantut,” kata Christopher Gonzales, Pengarah Taman Negara.

Pada tahun ini, pihak berkuasa mereka telah menutup tiga kawasan di perairan Palancar, COlombia dan El Cielo daripada pelancong.

Mereka sedang mengkaji berapakah bilangan pelancong yang sesuai untuk datang bagi keseimbangan ekosistem yang tidak menyebabkan kerosakan terumbu karang serta mendapat keseimbangan ekonomi.

“Jika kami kehilangan terumbu karang kami, kami juga tidak akan mendapatkan hasil ekonomi utama kami iaitu pelancongan,” kata Maria del Carmen Garcia, ketua Taman Terumbu Karang Puerto Morelos.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button