Teknologi

Adakah VR Masa Depan Di Dalam E-Sukan?

Industri permainan video terutama e-sukan sedar akan perkembangan teknologi VR mungkin menjadi elemen penting untuk sukan ini di masa hadapan walaupun sukar untuk menjangkakan betapa besar impaknya kepada persekitaran kelak.

Dilengkapi set kepala dan replika senjata, merangkak sekitar platform; ia adalah salah satu cara untuk ‘mendalami’ sesuatu permainan melalui teknologi ini.

Di Paris Games Week yang lalu, SmartVR studio telah menyediakan teknologi ini untuk pameran sekaligus menjalankan satu pertandingan e-sukan menggunakan VR menggunakan permainan video mereka, After-H.

“Masa hadapan (e-sukan) adalah VR. Pengalaman ‘berada di dalam permainan’ merupakan impian setiap pemain. Merasakan diri bergerak di dalam permainan menjadikan pengalaman itu lebih hebat,” kata  Jean Mariotte, pengasas bersama SmartVR Studio.

Laurent Michaud, pengarah penyelidikan di Idate menambah VR akan menjadi lebih hebat dan mampu membuat pemain mengekspresikan diri mereka di dalam permainan sekaligus memberi identiti kepada permainan tersebut.

Lebih Baik Untuk Penonton

Penonton pula dapat mengaksikan permainan video atau e-sukan yang berbeza dari pertandingan e-sukan yang lain.

Bukan sahaja mereka dapat menyaksikan aksi pemain pada skrin, malah mereka dapat menyaksikan pemain bergerak-gerak di dalam arena; dan bukan duduk di depan skrin monitor sahaja.

“Mereka mempunyai lampu LED yang dipasang pada mereka berlainan warna mewakili setiap pasukan. Kita juga dapat melihat berapa nyawa yang tinggal pada setiap pemain”, tambah Mariotte.

Frederick Gau, ketua Gozulting dan pakar perundingan e-sukan, berkata VR adalah cara terbaru untuk bermain permainan video dan dalam terma pasaran ia boleh dikenali sebagai ‘revolusi’.

Pasaran Niche

Walaupun begitu, VR mampu menamatkan debat di mana e-sukan boleh dikategorikan sebagai sukan sebenar dengan pemain bergerak secara fizikal.

“VR mampu mendekatkan e-sukan kepada e-sukan sebenar namun ia juga mampu menjauhkan ia juga. Pemain akan bermain secara simulasi dan (mungkin) tidak terlibat dalam kecederaan dan merasakan kesakitan sebenar ketika bermain sukan yang betul”, jelas Frederick Gau.

Bagaimana ia berkembang bergantung bagaimana pembangun permainan video memilih untuk memfokuskan aspek fizikal di dalam permainan.

Gau menjelaskan lagi, “kita sudah pun menjangka revolusi dengan permainan mudah alih (telefon pintar) tetapi diakhirnya pemain e-sukan akan lebih memilih konsol dan PC. Apabila pemain dilengkapi perisai dan sarung tangan VR ia mungkin boleh terlaksana namun ketika ini VR akan berada di dalam pasarannya tersendiri”.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button