Teknologi

Studio Pertama Sony PlayStation Di Malaysia Bakal Dibina Pada 2020

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) telah mengumumkan Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios (SIE WWS) akan menubuhkan studio pertama Sony PlayStation di Malaysia pada 2020.

Menteri KKM YB Gobind Singh Deo mengumumkan perkara ini semasa majlis penutupan Level Up KL Biz 2019 lalu.

Gobind berkata, “Kami berbesar hati dan teruja untuk mengumumkan kerjasama rasmi bersama SIE WWS atas penubuhan studio mereka di Malaysia yang bakal mewujudkan banyak peluang untuk industri permainan video tempatan dan rantau Asia Tenggara.”

Beliau menambah kerjasama rapat dengan Sony ini dapat mempertingkatkan penggiat kreatif di Malaysia serta mampu mewujudkan rangkaian pusat pengajian tempatan bersama-sama.

SIE WWS Malaysia bakal memberikan khidmat dari segi reka bentuk visual dan animasi sebagai sebahagian daripada aktiviti SIE WWS dalam membangunkan permainan eksklusif di platform PlayStation.

Malaysia akan menyertai 15 studio lain yang dipegang oleh SIE WWS termasuk Naughty Dog, Insomniac Games dan Guerrila Games.

“Malaysia mempunyai ekosistem permainan video aktif dengan pembangun-pembangun permainan yang berbakat besar dan sokongan kuat daripada kerajaan mendorong kami untuk mengadakan kerjasama bersama Malaysia.” Kata Jim Ryan, Presiden dan Ketua Pegawai Sony Interactive Entertainment dalam kenyataan rasminya.

Perkara ini turut dilihat positif oleh Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Datuk Darrel Leiking dimana berasa penubuhan bersama syarikat gergasi ini merupakan satu kejayaan besar buat Malaysia.Sony

Penubuhan ini juga dilihat mampu menjadi suatu kawasan pelaburan terbaik bagi pembangun permainan video antarabangsa.

Industri kandungan digital kreatif Malaysia telah menghasilkan sebanyak 149 produk tempatan, menjana keuntungan RM7.6 bilion dan jualan eksport sebanyak 1.3 bilion yang mencapai lebih daripada 120 negara dalam tempoh 20 tahun lalu.

Penubuhan ini turut menandakan Malaysia mampu menjadi lokasi terbaik pembangun permainan video antarabangsa selepas beberapa syarikat bernama besar seperi Namco Studios dan Larian Studios membuka cawangan mereka di sini.

sumber: MyGameOn

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button