SukanTeknologi

ESM Rasmi Senarai Atlet E-Sukan di Sukan SEA Filipina 2019

Kontinjen Malaysia telah pun menyenaraikan 24 atlet untuk acara e-sukan di dalam Sukan SEA Filipina 2019 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Senarai tersebut secara rasmi diumumkan di dalam acara flag-off ketika festival permainan digital, Level Up Play yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hujung minggu lalu.

Sumber foto: facebook.com/KBSMalaysia

24 atlet ini akan mewakili Malaysia di dalam 6 acara permainan yang akan dipertandingkan di temasya sukan SEA itu nanti.

Berikut adalah nama senarai atlet bagi kontinjen negara:

Dota 2:

  • Khoo Chong Xin,
  • Denise Danial Abdullah
  • Bakri Anwar
  • Ahmad Rizqan Muzakkir Ahmad Nizam
  • Mohd Helmy Ibrahim
  • Muhammad Naufal Osman.

Starcraft II:

  • Yap Kien Khun
  • Jonathan Wong Choon Hoong

Mobile Legends:

  • Ahmad Ali Huzaifi Abdullah
  • Abdul Wandi Abdul Kadir
  • Izme Haqeem Hamsjid
  • Muhammad Hazeem Onn
  • Jamil Nurolla
  • Mohd Faris Zakaria.

Arena of Valor:

  • Cham Hong Xin
  • Poh Jing Sheng
  • Kok Kar Seng
  • Loo Yong Leong
  • Tai Tong
  • Chan Choung Guan.

Tekken 7:

  • Muhammad Zarif Aiman
  • Abdul Rahim Abdul Shukor

Hearthstone:

  • Hee Zi Song
  • Yew Weng Kean

Acara flag-off itu turut disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Kontinjen Malaysia telah meletakkan sasaran 2 pingat emas, 1 perak dan 3 gangsa mengakhiri temasya sukan itu kelak yang akan berlangsung pada 1 hingga 6 Disember 2019.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button