BudayaGaya HidupPercutian

India Mahu Jadikan Lembu Sebagai Daya Tarikan Pelancong

Di India, lembu merupakan haiwan yang suci dan dianggarkan terdapat 5,000 ekor terbiar di jalanan.

Ini kerana apabila lembu ini sudah tua, ia sudah tidak lagi dapat menghasilkan susu, tenaga mereka sudah lagi tidak dapat digunakan di ladang dan peladang tidak lagi mampu untuk membiayai kos memelihara.

Perkara ini juga telah menyebabkan pertumbuhan beberapa tempat perlindungan bagi mereka.

Diperkirakan terdapat 5,000 tempat perlindungan lembu di seluruh negara yang mahu dibangunkan menjadi tempat destinasi pelancong.

Tetapi mengapa seseorang akan melawat tempat perlindungan ini jika mereka boleh melihat lembu di tepi jalan?

Tempat perlindungan lembu yang juga dikenali sebagai ‘gaushala‘ ini dikatakan memiliki model berintegrasi yang mengajar pengunjung tentang kepentingan dan kebaikan haiwan ini.

Selain daripada itu mereka memiliki tempat pemproses tenusu dan tempat pameran.

Tempat perlindungan ini juga memiliki peladangan organik dengan menggunakan baja bioorganik hasil daripada tinja dan urin lembu.

Di gaushala ini juga bakal diadakan tapak biogas dan pusat pemprosesan serta penjualan produk panchgavya termasuk ubat-ubatan dan kosmetik yang terhasil dari gabungan tinja, urin, susu dan ghee.

Semua bahan-bahan ini dipercayai memiliki bahan terapeutik (mampu memberi ketenangan).

Malah terdapat cadangan untuk membina hospital lembu, pusat kesihatan serta taman yang memiliki restoran tradisional India.

 

Harus Mendapat Dana Dan Bantuan Kewangan

Walau bagaimanapun, bantuan kewangan untuk tempat perlindungan lembu ini tidaklah begitu baik. Ini juga telah menyebabkan beberapa tempat tidak dapat meneruskan operasi.

Banyak laporan tentang kematian haiwan kerana kurangnya penjagaantelah menimbulkan beberapa tanda tanya tentang mampukah tempat perlindungan ini menjadi tempat menarik pelancong.

Bagi Ashwin Sampatkumaran, seorang peguam bela yang tinggal di Bengaluru dan juga mengelolakan sebuah tempat perlindungan lembu di Kerala sangat menyokong idea tarikan pelancong ini.

 

India Mampu Menarik Pelancong Yang Tidak Pernah Lihat Kepelbagaian Lembu

“India memiliki 37 jenis lembu yang berdaftar tetapi banyak lagi yang belum didokumentasikan. Antaranya ialah lembu Vechur yang memiliki saiz kecil seperti anjing dewasa, lembu Kankrej, yang memiliki tanduk seperti gading gajah, kita memiliki kepelbagaian lembu yang sangat luar biasa,” kata Ashwin kepada The Straits Times.

Perkara ini juga mampu menarik pelancong serta para penyelidik terutamanya dari luar negara di mana lembu hasil di India memiliki pengeluaran susu yang sangat tinggi.

“Jika orang sanggup mengeluarkan wang US$300 (RM1,256) selama satu jam untuk mendapatkan terapi memeluk lembu, mengapa kami tidak boleh melakukan sesuatu yang hampir sama,” tanya Ashwin.

 

Mantan Pengarah Bollywood Tidak Bersetuju

Namun lain pula pendapatnya oleh seorang pemilik ladang di kawasan perbukitan Tamil Nadu yang memiliki 10 ekor dan memberi peluang kepada pelancong untuk membuat keju menggunakan produk tenusu tempatan.

Mansoor Khan yang juga merupakan mantan pengarah filem Bollywood berpendapat bahawa terma ‘pelancongan lembu’ itu boleh disalahgunakan untuk mengeksploitasi haiwan sehingga mungkin menyebabkan orang ramai memelihara lembu hanya semata-mata untuk menarik pelancong.

Khan yang meninggalkan kehidupan di bandar untuk membuka ladang di kawasan pedalaman ini berkata cadangan ini adalah sangat “cetek” jika ia adalah sebagai tindak balas untuk mengatasi masalah lembu terbiar.

“Ia merupakan tradisi orang India untuk memelihara haiwan ini tetapi tanah mereka telah diambil daripada peladang, rakyat miskin serta orang kampung. Seharusnya kerajaan lebih menjawab persoalan yang menjadi masalah besar perkara ini terjadi. Ia adalah isu pemilikan kerana haiwan tersebut sudah pasti akan dijaga secara automatik jika kehidupan bersama haiwan ini dikembalikan semula,” kata Mansoor Khan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button