Bisnes & Ekonomi

Me.reka: Tempat Perkongsian, Pembelajaran Dan Bereksperimen Untuk Semua

Jika anda sedang mencari tempat untuk berkongsi idea, pendapat, ilmu serta peralatan, mungkin tempat inilah yang anda cari-cari.

Me.reka yang terletak di Publika ini adalah sebuah ruang pembuatan atau “Makerspace” untuk semua hal tersebut terutamanya yang melihatkan perkomputeran atau teknologi.

Seperti maksud di dalam bahasa melayu, mereka memiliki dua makna yang berbeza iaitu “mencipta” dan merupakan kata ganti nama diri ketiga yang merujuk kepada ‘orang-orang itu’.

Siapa Yang Mereka Me.reka?

Ruang perkongsian ini merupakan hasil idea dua sahabat baik yang sangat mengambil berat tentang alam sekitar serta masyarakat.

Pada awalnya Gupreet Singh Dhillon dan Rashvin Pal Singh telah memulakan perniagaan sosial bernama “Biji-Biji Initiative” yang menekankan kelestarian, teknologi, fesyen, fabrikasi dan pendidikan.

Namun setelah itu mereka melihat keperluan untuk pergerakan yang lebih besar untuk menuju ke arah komuniti yang lebih memiliki kesedaran sivik serta menghargai alam sekitar adalah lebih diperlukan.

Perkara ini pula hanya boleh dicapai jika setiap individu memiliki ilmu, kemahiran dan peralatan untuk mengambil peranan masing-masing.

Di Me.reka, terdapat tujuk makmal termasuk elektronik, tekstil, virtual reality (VR), rekacipta, fab dan dapur terbuka, bengkel kayu dan besi, studio tekstil, makmal elektronik lebih besar, mesin rapid prototyping.

Tempat berkeluasan 12,000 kaki persegi ini juga mengadakan kelas dan bengkel untuk orang ramai mempelajari cara mencipta serta memperbaiki produk mereka sendiri dengan menggunakan bahan lestari atau bahan terpakai mereka sendiri.

 

Me.reka Merupakan Pintu Masa Depan Pendidikan

Bagi Gurpreet, pembelajaran di sekolah adalah tidak mencukupi. Apa yang diperlukan ialah kemahiran untuk masa akan datang.

Gupreet Singh Dhillon. Sumber Imej: prestigeonline.com

“Me.reka merupakan pintu untuk mendapatkan kemahiran yang diperlukan di abad ke-21 ini beserta ilmu tetang kelestarian dan prinsip beretika. Kami juga menanamkan binih kreativiti di kalangan belia untuk mengasah bakat dan sifat keusahawanan yang boleh bantu membentuk masa depan seterusnya,” terang Gurpreet kepada The Malaysian Reserve.

Menurutnya lagi, pusat ini menawarkan pelbagai program yang melibatkan rangkaian yang luas untuk keperluan dalam perniagaan dan komersial di alam abad ke-21 ini.

“Program-program ini membantu peserta untuk meneroka lebih jauh tentang pilihan kerjaya dari setiap industri. Kami juga memberi mereka kemahiran bekerja dan peluang mengadaptasikan kemahiran tersebut di dunia pekerjaan serta projek dari pelanggan.

Projek di bawah Me.reka adalah berdasarkan keperluan industri. Ini kerana pasukan mereka sensitif terhadap keperluan pasaran. Mereka juga memiliki pakar dalam bidang mereka tersendiri dengan pengalaman yang mendalam dalam dunia realiti.

 

Ia Terbuka Kepada Semua Tidak Kira Umur & Latar Belakang

“Kami sangat terbuka dengan orang daripada pelbagai latar belakang dan tidak kira umur serta kemahiran,” tambah Gurpreet.

Me.reka juga menitikberatkan method yang mengabungkan prinsip kelestarian dengan pendidikan STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) sekali gus mempromosikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dengan adaptasi secara langsung beserta pengalaman yang mendalam.

“Pada masa depan, 80% pekerjaan memerlukan kemahiran yang boleh dipindah milik seperti kreativiti, ilmi digital dan kemahiran melakukan pembentangan,” jelas Gurpreet.

Mungkin Tidak Ramai Faham Konsepnya

Gurpreet mengaku pada awalnya semasa mereka bermula dengan “Biji Biji Labs” tidak ramai orang memahami konsep yang cuba diketengahkan apatah lagi menerimanya.

Pihak di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi juga pada awalnya tidak memahami konsep yang dibawa oleh mereka tetapi mereka tidak berputus asa.

Pada tahun 2018, Me.reka melancarkan kempen ‘equity crowd-funding‘ dan akhirnya saham bersama telah diberikan kepada lebih 120 pelabur termasuk pekerja di Me.reka sendiri yang telah melaburkan wang dari RM1,700 hingga RM200,000.

 

Bagaimana Mereka Menjana Pendapatan

Kini Me.reka menjana pendapatan daripada program pendidikan perniagaan kepada perniagaan (B2B) dan melakukan kerjasama bersama yayasan, perbankan dan syarikat korporat.

Selain daripada itu mereka juga menjana pendapatan daripada bengkel untuk syarikat multinasional di samping mereka cipta untuk syarikat yang baru yang memerlukan kemahiran tambahan dan sebagainya.

Menurut Gurpreet, keseluruhan tempat di Me.reka juga boleh disewa.

Bagi mereka yang mahu melabur, Me.reka juga menawarkan pembelian saham ‘share buy back‘ setelah waktu tetap dua tahun dengan premium 15% yang bakal dibayar dalam masa setahun pelaburan.

Jika tiada penarikan diri, Me.reka juga menyasarkan penilaian pulangan yang lebih tinggi dengan 50 hingga 150% beserta dividen setelah tiga tahun.

“Kini Me.reka dimiliki oleh kumpulan daripada pelbagai latar belakang yang memiliki visi yang sama iaitu pendidikan yang lebih baik untuk semua,” kata Gurpreet.

Buat msa ini Me.reka dinilai sebanyak RM10 juta dan dijangka akan bernilai RM15 hingga RM20 juta pada fasa ‘crowdfunding’ yang berikutnya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button