AntarabangsaIsu Semasa

Penggemar Main Video Game, Sudah Bersedia Untuk ‘Go Green’ Bersama Permainan Video Anda?

Syarikat disebalik jenama permainan video terkenal seperti PlayStation, Xbox, Angry Birds, Minecraft, Twitch dan banyak lagi telah berjanji dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk bersama memerangi perubahan cuaca dan berharap pengguna mereka (pemain permainan video) akan turut melakukan hal yang sama.

Perjanjian itu melibatkan penanaman pokok dan mengurangkan penggunaan plastik dalam pembungkusan produk, termasuk mereka-cipta alat permainan yang lebih mengurangkan pengeluaran tenaga di samping memasukkan tema alam sekitar dalam permainan itu sendiri.

 

Bos PlayStation Percaya Gamers Boleh ‘Go Green’ Bersama

 

“Saya percaya permainan video dan pemain video game boleh dipaksa untuk melakukan perubahan sosial dan saya sangat teruja melihat komuniti global bergabung dalam membantu planet kita bertahan dan berkembang maju,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan semasa perhimpinan agung PBB yang mengumpulkan pelbagai pemimpin dunia.

Ryan menambah bahawa Sony telah merancang untuk menyesuaikan generasi akan datang dengan sistem PlayStation yang lebih rendah tenaga dengan mod ‘suspend-play’.

Menurutnya, jika 1 juta pemain video menggunakannya, ia mampu menjimatkan tenaga elektrik sebanyak 1,000 tenaga bagi purata rumah di Amerika Syarikat (AS).

 

 

Lebih Banyak Permainan Video Berkonsepkan Alam Sekitar

 

Terdapat beberapa permainan video yang memiliki latar belakang bandar-bandar pesisir yang tenggelam dan juga ada yang bertujuan untuk mendidik anak tentang haiwan liar dan serta isu alam sekitar.

Mantan Ketua Setiausaha PBB, Ban Ki-moon telah menggelar watak ‘Red’ dalam Angry Birds sebagai “duta alam sekitar dengan kepujian” pada tahun 2016.

Idea untuk menghandalkan ‘gaming green’ ini semakin mendapat tempat apabila berjaya mendapatkan komitmen 21 syarikat yang difasilitasi oleh Program Alam Sekitar PBB dan dipaparkan sebagai latar belakang semasa pesidangan iklim PBB.

Dengan anggaran lebih daripada 2 bilion pemain permainan video di dunia, “ini merupakan rangkaian mobilisasi yang terkuat di dunia,” kata David Paul, Menteri Alam Sekitar Pulau Marshall kepada semua Ketua Pegawai Eksekutif industri permainan yang hadir pada persidangan PBB tersebut.

Tempat tinggalnya di kepulauan Pasifik sedang dalam terancam kerana mengalami kenaikan paras laut yang mendadak apabila bumi sedang mengalami peningkatan suhu.

 

 

Game Mampu Menarik Perhatian Dalam Isu Perubahan Iklim

 

Perjanjian “Bermain Untuk Planet” datangnya daripada industri yang tidak selalunya kelihatan sebagai memberi impak positif kepada masyarakat, terutamanya ibubapa dan pakar psikologi yang tidak menggemari permainan video serta teknologi yang menyebabkan anak muda melekat pada skrin terlalu lama.

Pemimpin syarikat permainan video berkata tidak semua waktu di hadapan skrin memiliki nilai yang sama. Mereka percaya produk yang dihasilkan oleh mereka mampu menarik perhatian pemain dalam isu yang serius seperti perubahan iklim.

“Kami cuba untuk menyajikan hiburan yang bermanfaat,” kata Clark Stacey, Ketua Pegawai Eksekutif WildWorks.

 

 

Inisiatif Syarikat Permainan Video Dalam Isu Perubahan Iklim

 

Antara inisiatif yang sudah dijalankan oleh syarikat permainan video ialah:

 

  1. WildWorks mahu memasukkan elemen baharu tentang pemuliharaan habitat dan penanaman semula hutan dalam permainan kanak-kanak Animal Jam. Mereka juga bakal menanam satu pokok untuk setiap pemain Animal Jam yang baharu.
  2. Microsoft bercadang untuk mengeluarkan 825,000 Xbox yang memiliki karbon-neutral yang tidak akan menyebabkan kesan pemanasan terperangkap karbon dioksida serta mempromosikan aktiviti kelestarian dalam kehidupan sebenar melalui aktiviti permainan popular mereka iaitu Minecraft.
  3. Pencipta Angry Bird, Rovio Entertainment bercadang untuk mengimbangi pengeluaran karbon yang dihasilkan daripada pengecasan alat permainan.
  4. Syarikat permainan video streaming, Twitch yang dimiliki oleh Amazon bercadang untuk menyebarkan mesej kelestarian melalui platform mereka.
  5. Perkhidmatan penstriman Google yang bakal muncul, Stadia bakal melakukan kajian kewangan tentang bagaimana manusia boleh terinspirasi untuk berubah melalui permainan video.

 

Bagi Loop Games, mereka bakal mengamalkan cara untuk tidak memberitahu pemain tentang kelestarian alam secara langsung tetapi mereka mahu pemain untuk merasakan sendiri pengalaman dan mengharungi cabaran yang bakal mereka alami di dalam “dunia” yang mereka sangat ambil kisah. Setelah itu mereka boleh membawanya dalam dunia realiti, kongsi Ketua Pegawai Eksekutifnya, John Krajewski.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button