AntarabangsaAsiaIsu SemasaPolitik

Fakta Mengapa Pemimpin Pembangkang Kemboja Ditahan Di KLIA

Kemboja telah menghantar pasukannya ke daerah sempadan dan menghubungi negara jiran untuk bantu menangkap pemimpin pembangkang negara itu yang didakwa cuba menggulingkan Perdana Menteri Hun Sen.

Pihak imigresen Malaysia telah menahan Mu Sochua, naib presiden Parti Nasional Kemboja (CNRP) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba bersama-sama pengasas parti, Sam Rainsy, sebelum sempat pulang ke Kemboja Sabtu ini.

 

Pemimpin Kemboja Berjanji Untuk Halang Pemimpin Pembangkang Pulang

Penahanan tersebut dikatakan dilakukan atas permintaan kerajaan Perdana Menteri Hun Sen yang sudah memerintah Kemboja sejak tahun 1985.

Pemimpin Kemboja itu telah berjanji untuk menggunakan segala kuasa yang ada untuk memberhentikan pihak CNRP untuk kembali ke Kemboja pada hari kemerdekaan negara tersebut yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.

Sebelum ke Malaysia, kedua-dua pemimpin pembangkang negara tersebut tetapi turut dihalang untuk memasuki Thailand kerana “undang-undang” yang terjalin di antara negara ASEAN.

 

Pendirian Malaysia Menurut Tun Mahathir Berhubung Isu Ini

Bagi Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad, pendirian Malaysia adalah untuk tidak mencampur urusan dalaman negara lain.

“Kami tidak mahu mereka menjadikan Malaysia sebagai pangkalan untuk masalah mereka di negara lain.

“Kami ingin hantar mereka balik tetapi sekarang ada yang mahu mereka datang ke sini. Dan sekarang kami cuba cari negara yang boleh terima mereka.

“Kami tidak mahu ada sebarang konflik dengan kerajaan (negara) lain kerana ia bukan urusan negara kita, ia hal negara mereka,” katanya.

Rainsy dan Sochua kedua-duanya telah hidup dalam buangan selama empat tahun.

Pihak kerajaan Kemboja telah pun memaklumkan kesemua negara Asean bahawa mereka merupakan penjenayah terancang dan sedang memimpin kumpulan untuk menjatuhkan kepimpinan yang ada.

 

Strategi Pembangkang Untuk Menekan Kerajaan Hun Sen

Penahanan Sochua terjadi sebelum Eropah dijangka mengeluarkan keputusan sama ada mahu atau tidak untuk menarikbalik status tarif keutamaan Kemboja kerana ketirisan hak asasi manusia yang sedang berlaku di negara tersebut.

Kesatuan Eropah (EU) merupakan rakan niaga terbesar Kemboja dengan 45% hasil eksport pada tahun 2018.

Pada pertengahan Ogos, EU telah mengumumkan bahawa mereka telah melengkapkan kajian terperinci tentang sikap autoritarian negara tersebut yang kian meningkat dan mahu membuat keputusan sanksi perdagangan di bawah Everything But Arms (EBA) dalam masa tiga bulan.

“Sebahagian besar strategi CNRP ialah dengan mendesak Hun Sen untuk melakukan reaksi berlebihan sehingga menyebabkan EU terpaksa untuk menarik akses keutamaan Kemboja ke pasaran Eropah,” kata Sebastian Strangio, penulis buku Hun Sen’s Cambodia.

“Impak yang dasyat adalah berkait tentang apa yang akan terjadi selepas ini. Penahanan Rainsy sudah pasti akan memeterai nasib EBA Kemboja. Namun, kerajaan Kemboja sedang mengambil langkah-langkah bagi memastikan perkara ini tidak akan terjadi.”

 

Hun Sen Sudah Mengambil Langkah Berjaga-Jaga

Hun Sen pada bulan lalu telah tiba di Eropah untuk mengumpulkan sokongan bersama orang yang memiliki pemikiran yang sama dengan dirinya. Tetapi pada masa yang sama, beliau sedang mengalami peningkatan hutang kewangan mikro yang sangat tinggi yang menyebabkan jutaan orang berisiko untuk kehilangan rumah.

Sewaktu sidang media dijalankan di Jakarta, di mana Sochua menyatakan hasrat untuk kembali ke Kemboja, dia telah dihalang oleh duta Kemboja ke Indonesia, Hor Nambora yang hadir ke sidang media tersebut tanpa jemputan dan berkata perkara yang dilakukan Sochua adalah “dilarang”.

Pada hari Rabu yang lalu, Rainsy telah merayu kepada Prayuth untuk memberinya jalan yang selamat melalui Thailand.

Permintaannya ialah berdasarkan tanggungjwab kepada penyokongnya di Kemboja yang telah terseksa untuk sekian lama. Selain itu, kepada semua orang Kemboja seharusnya memiliki peluang untuk berdebat bagi masa depan masyarkat.

 

Ramai Penyokong Pembangkang Di Tahan Di Kemboja Sejak Ogos Lalu

Menurut penerbitan Human Rights Watch, pihak berkuasa Kemboja sudah menangkap 92 suspek aktivis CNRP di atas pelbagai dakwaan termasuk merancang melakukan tindakan ke atas kerajaan negeri.

Perkara ini terjadi sejak Ogos yang lalu apabila Rainsy mengumumkan dirinya bakal pulang ke Kemboja.

“Pihak CPP sudah pasti takut,” kata Strangio yang merujuk kepada pihak kerajaan pemerintahan, Cambodian People’s Party.

Mereka risau apa yang terjadi sebelum pilihanraya 2013 akan berlaku sekali lagi apabila Rainsy semasa kepulangannya ke negara yang disambut dengan ribuan penyokong.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button