Teknologi

Nettox: Mahasiswa Indonesia Reka Peranti Bantu Ketagihan Internet

Internet dan manusia pada zaman kini tidak akan dipisahkan.

Kajian mendapati penggunaan berpanjangan telefon bimbit mempunyai kesan penurunan tertentu ke atas paras kepelbagaian kadar jantung (HRV).

Oleh yang demikian, sekumpulan pelajar Universiti Indonesia diketuai pencipta Irfan Budi Satria, membangunkan peranti boleh dipakai yang dapat membantu pengguna internet mengurangkan tempoh mereka melayari telefon pintar masing-masing.

 

Dipakai Di Pergelangan Tangan

Dinamakan ‘Nettox’, singkatan kepada ‘internet detox’, peranti itu boleh dipakai di pergelangan tangan dan mengandungi pengesan oksimeter nadi yang mengukur tahap hemoglobin oksigen dan kepelbagaian kadar jantung (HRV).

Peranti Nettox mengeluarkan bunyi apabila HRV dan paras oksigen darah jatuh, sekaligus mengingatkan pemakai supaya berhenti menggunakan telefon mereka.

Bagi golongan berusia antara 18 dan 25 tahun, HRV sepatutnya kekal di atas 60 secara ideal, berdasarkan Persatuan Psikologi Amerika, kata Satria.

Pada percubaan baru-baru ini, bacaan HRV seorang pelajar universiti, Tyas Sisianindita, adalah 14.

 

Isu Sosial Yang Kian Meningkat

Ketagihan internet menjadi isu sosial yang semakin meningkat di Indonesia.

Oktober lalu, dua remaja dirawat kerana ketagihan permainan internet, lapor media.

“Kanak-kanak perlu diajar menjadi lebih aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti luar,” kata pakar psikologi, Kasandra Putranto.

Pasukan Satria berusaha menghasilkan Nettox bagi memenuhi keperluan individu dan memperbaiki ketepatannya kerana bacaan HRV bergantung kepada bentuk tubuh seseorang, jantina dan keadaan kesihatan.

 

Mohon Paten Ciptaan Tahun Hadapan

Mereka mensasarkan untuk memohon paten bagi ciptaan dengan universiti menjelang tahun hadapan.

Satria berkata, Nettox mensasarkan mereka yang sudah pun melabur untuk mengubah tabiat mereka.

“Matlamat kami adalah untuk membantu golongan yang mementingkan kesihatan.

“Membantu mereka yang mahu membebaskan diri daripada ketagihan internet,” katanya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button