AntarabangsaBisnes & EkonomiIsu Semasa

Apa Itu RCEP & Mengapa India Menarik Diri Daripada Perjanjian Perdagangan Ini?

Pada 4 November yang lalu, ASEAN dan lima rakan dagangnya memuktamadkan rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) tanpa India.

Menurut kenyataan bersama pemimpin selepas Sidang Kemuncak RCEP hari ini, 15 negara berkenaan memuktamadkan rundingan bagi semua 20 bab dan isu berkaitan kepentingan kemasukan pasaran sebelum dapat ditandatangani pada tahun hadapan.

Sebelum ini RCEP merangkumi 10 negara anggota ASEAN bersama enam negara lain iaitu China, India, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

Apakah Tujuan RCEP?

Rundingan yang bermula sejak 2012 bertujuan meluaskan kerjasama ekonomi antara negara ASEAN dan enam rakan dagang lain.

Perincian tentang RCEP ini masih belum diketahui namun ia bakal menurunkan tarif pelbagai sektor secara progresif.

Ia membolehkan syarikat mengeksport produk yang sama di mana sahaja dalam blok tersebut tanpa melalui syarat dan kertas kerja berasingan untuk setiap negara.

Jika persepakatan ini terjalin, ia mampu menjadi blok perjanjian dagang terbesar dunia merangkumi satu pertiga Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia.

Secara keseluruhan RCEP merangkumi 3.56 bilion penduduk membabitkan jumlah dagangan AS$10.3 bilion.

“Bagi pengeluar barangan, ia adalah sesuatu yang luar biasa,” kata Deborak Elms dari Pusat Dagangan Asia.

“Apa yang kita tidak ada sekarang ialah pusat dagangan yang banyak untuk pasaran terakhir di Asia.”

Ini memberi insentif kepada syarikat untuk membina rantaian bekalan dalam rantau walaupun perlu eksport ke luar.

 

Apakah Impak Ekonomi Yang Bakal Terjadi?

Setelah menandatangani perjanjian, pelaksansannya akan mengambil masa berbulan-bulan untuk bermula dan mungkin bertahun untuk menyelesaikannya. Pakar ekonomi berkata perkiraan yang kompleks dan tepat adalah sesuatu yang sangat sukar.

Mengapa India Menolak RCEP & Apakah Impak Terhadap RCEP Tanpa India?

Penolakan saat-saat akhir New Delhi yang mewakili 30 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK/GDP) global dan separuh penduduk dunia itu dilakukan ketika India berdepan penurunan pengilangan dan penggunaan.

Perjanjian RCEP sebenarnya bakal meningkatkan akses India kepada pasaran Asia lain, namun New Delhi bimbang industri domestiknya akan terjejas teruk jika negara itu dibanjiri barangan murah buatan China terutamanya dalam sektor pekerjaan penting seperti pertanian dan tekstil.

Bagi RCEP, India memiliki ekonomi ketiga terbesar dalam blok ini jadi penarikan diri sudah tentu sedikit sebanyak menjejaskan RCEP.

Walau bagaimanapun, India boleh bergabung semula pada masa akan datang.

Bagi Anthony Nelson, perunding di Albright Stonebridge, walaupun penarikan diri India mengurangkan nilai tambah persepakatan ini, tetapi ia juga telah menggugurkan halangan besar yang mereka hadapi untuk mendapatkan persepakatan.

Bagi yang menyokong, mereka menganggap India bakal berhadapan dengan kerugian yang besar kerana pengguna bakal membayar lebih daripada yang sepatutnya.

“Ia sebuah peluang yang dilepaskan untuk India,” kata Pavida Pananond dari Universiti Thammasat, Bangkok.

 

Apakah Impak Untuk Pasaran Dagangan Global?

Perjanjian RCEP tanpa India juga bakal menggalakkan lagi dagangan pelbagai hala berbanding dagangan dua hala yang disukai oleh Presiden Donald Trump.

Trump yang telah menaikkan tarif ke atas perang dagang bersama China telah menjadi dorongan yang lebih kuat untuk meneruskan RCEP yang tidak mengalami kemajuan yang signifikan sejak 2012.

Apakah Perbezaan Dengan RCEP dan CPTPP/TPP?

RCEP dikatakan tidak dilihat sebagai sebuah perjanjian perdagangan yang “berkualiti tinggi” seperti menyeluruh Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang membabitkan 11 negara Asia-Pasifik kerana ia tidak meliputi banyak aspek.

Tarif yang dipersetujui adalah di antara negara dan bukannya melintasi sempadan. Malah, untuk beberapa negara, isu sensitif seperti pertanian tidak akan disentuh.

Tambahan pula, tidak seperti CPTPP, dan semua perjanjian perdagangan melibatkan Amerika Syarikat (AS), RCEP tidak memerlukan ahlinya untuk mengambil langkah meliberalkan ekonomi mereka, melindungi hak pekerja dan persekitaran serta hak harta intelek masing-masing.

 

Apakah Perbezaan Di Antara CPTPP dan TPP?

CPTPP merupakan kesinambungan daripada Perjanjian Trans-Pasifik (TPP) yang telah ditandatangani pada Mac 2018.

Ia telah berkuatkuasa untuk tujuh hingga 11 penandatangan yang telah bersetuju untuk meneruskan perjanjian tersebut setelah Trump menandatangani arahan eksekutif pada tahun 2017 tidak lama setelah menjadi Presiden Amerika Syarikat dengan menyatakan bahawa dia mahu perjanjian yang lebih adil.

 

Negara Manakah Di Bawah RCEP & CPTPP?

Negara RCEP sahaja: China, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Korea Selatan dan Thailand.

Negara CPTPP sahaja: Amerika Syarikat, Kanada, Chile, Mexico dan Peru

Negara RCEP & CPTPP: Australia, Brunei, Jepun, Malaysia, New Zealand, Singapura dan Vietnam.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button