Teknologi

WhatsApp Bakal Bantu Menjimatkan Bateri Telefon Anda Dengan Cara Ini…

Kini anda boleh menjimatkan penggunaan bateri telefon pintar apabila aplikasi WhatsApp memperkenalkan fungsi ‘dark mode’ atau mod gelap.

Namun, fungsi ini masih belum dipaparkan secara rasmi kerana tawaran tersebut sedang diproses.

Sejak Apple menawarkan kemas kini bagi iOS 13 dengan fungsi ‘dark mode’, beberapa aplikasi lain dilihat turut menawarkannya.

Tetapi sudah tentu melalui aplikasi WhatsApp, fungsi ‘dark mode’ ini terbuka kepada semua pengguna Android dan iOS.

Secara ringkasnya, apabila anda memilih mod gelap pada telefon pintar yang difahamkan didatangkan dengan dua warna pilihan, anda akan melihat paparan WhatsApp bertukar kepada warna biru atau hijau gelap.

Dengan cara itu, ia turut akan membuatkan bateri telefon pintar anda lebih jimat di samping ianya juga menawarkan jaminan tiada sebarang ‘Spyware’ yang boleh menjejaskan privasi anda.

Sebelum ini, Google Chrome, Facebook, YouTube, Instagram, Linkedln dan Twitter turut menawarkan fungsi ‘dark mode’.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button