Isu SemasaTempatan

Mesin Vakum Raksasa Sedang Membantu Pembersihan Sungai Di Malaysia

Jika ada yang mengajak anda untuk bermain di kawasan Sungai Melaka 20 tahun yang lalu, sudah pasti ia sesuatu yang mustahil. Air di sungai tersebut yang sangat lagi berbau itu sudah pasti sangat dihindari.

Melihat kepentingan sektor pelancongan di Melaka, kerajaan negeri telah melaburkan sejumlah RM350 juta untuk projek infrastruktur bagi menambah baik sungai yang melalui negeri bersejarah itu.

Pelaburan yang membuahkan hasil itu dilihat apabila kini para pelancong boleh menaiki bot menerusi sungai Melaka untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah bandar Melaka.

Walaupun orang tidak boleh mencelupkan kaki di sungai tersebut tetapi sekurang-kurangnya bau yang terhasil daripada sungai itu sudah tidak lagi ketara. Tambahan pula kualiti air dan warnanya sudah jauh lebih baik jika dibandingkan dua dekad yang lalu.

Kini di Sungai Klang juga sedang melakukan usaha pembersihan. Namun inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan negeri ialah dengan menggunakan ‘Ocean Cleanup‘.

 

Mesin Datang Daripada Rotterdam

Ia merupakan sebuah inisiatif tanpa untung yang berpangkalan di Rotterdam untuk membersihkan sungai untuk mengelakkan plastik memasuki lautan.

Ocean Cleanup memiliki sebuah mesin vakum besar yang dipanggil ‘The Interceptor’.

Ia mampu membersihkan sungai dengan menyedut 100,000 kg sampah setiap hari.

The Interceptor sudah berada di sungai Klang sejak dua bulan yang lalu dan ia memberi perkhidmatan membersihkan sungai secara percuma selama setahun.

Usahasama ini merupakan kolaborasi di antara Ocean Cleanup dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB).

 

Mesin Yang Dicipta Oleh Anak Muda

Semasa sidang media, Ketua Pegawai Eksekutif, Boyan Slat dan juga pencipta The Interceptor hadir bersama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkongsi mengapa dia terinspirasi mencipta vakum sungai ini.

Slat yang kini berusia 25 tahun telah melakukan lakaran The Interceptor sewaktu dirinya masih remaja dan siapa sangka perkara tersebut menjadi realiti dengan pelancaran The Ocean Cleanup pada tahun 2013.

Pada usia 19 tahun, Slat telah berjaya mengumpul dana sebanyak US$31juta (RM128 juta) untuk dirinya mencapai misi dalam menghapuskan plastik di laut.

Oleh itu, untuk melakukan hal tersebut, Slat mencipta vakum besar ini untuk membersihkan laut dan juga sungai untuk memastikan sisa plastik tersebut tidak memasuki laut.

 

Ia Bakal Memastikan Tidak Ada Plastik Memasuki Laut

The Interceptor di sungai Klang merupakan mesin pertama yang lengkap.

Melalui model Ocean Cleanup, mereka mendapati sungai Klang merupakan di antara sungai yang memiliki plastik yang banyak.

Menurut Pengarah Urusan LLSB, Syaiful Azmen Nordin, The Interceptor pada awalnya menyedut 1,200 hingga 1,500 kg sampah setiap hari tetapi kini ia sudah dikurangkan kepada 800 ke 900 kg.

Pengurangan penyedutan sampah di sungai Klang ini telah menunjukkan bahawa sampah di sungai ini juga semakin berkurangan sejak adanya mesin tersebut.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button