Isu SemasaSains

Tikus Lebih Tenang Apabila Memandu Kereta, Bagaimana Pula Anda?

Adakah anda lebih suka memandu atau menjadi penumpang duduk dibelakang?

Sebuah kajian yang dilakukan oleh saintis Amerika dari University of Richmond mendapati tikus makmal lebih gemar memandu kereta kecil yang direka khas untuk kajian kemampuan otak berbanding menjadi penumpang.

Kajian ini sebenarnya adalah untuk membantu penyakit mental pada manusia. Mereka mahu membangunkan sebuah rawatan tanpa menggunakan ubat-ubatan.

 

Tikus Diajar Memandu

Kelly Lambart, salah seorang saintis dalam kumpulan pengkaji berkata otak kita berubah melalui tindak balas ke atas sesuatu pengalaman dan cabaran.

Oleh itu mereka mahu melihat bagaimana tikus bertindak balas setelah melatih mereka untuk beberapa bulan memandu kereta robot kecil yang boleh bertukar arah mengikut kemahuan mereka (tikus yang memandu).

17 tikus telah dilatih untuk memandu dalam kawasan berukuran 150cm x 60cm.

Tikus Memandu Ada Kaitan Dengan Otak Manusia?

Tikus ini dibandingkan dengan tikus yang berada di kawasan yang memiliki persekitaran yang lebih alami dan kondusif berbanding di dalam makmal.

Sudah tentu tikus yang berada dalam persekitaran alami memberi tindak balas lebih baik berbanding tikus makmal namun apa yang memeranjatkan ialah ujian hormon mereka mendapati tikus yang melalui latihan memandu memiliki hormon dehidroepiandrosteron yang memberikan ketenangan lebih tinggi.

Ini menunjukkan mereka sangat suka dan berpuas hati apabila diberi peluang mempelajari kemahiran baharu.

Ini boleh diandaikan sebagai keberkesanan diri atau “agensi” dalam manusia.

Lambert mengambil hasil ujikaji ini sebagai memiliki potensi untuk mencari jalan bagi membantu usaha merawat orang yang mengalami kesihatan mental.

“Tidak ada ubat untuk merawat skizoprenia atau tekanan. Oleh itu kita perlu mencari jalan lain untuk merawatnya dan saya rasa jika kita melihat sesuatu dari sudut pandang lain dan melalui beberapa model haiwan serta tugasan yang lain, ia boleh mengubah neurokimia kita,” kata Lambert.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button