Sukan

Lagi-Lagi Suntikan Semangat Cristiano Ronaldo Untuk Anak Muda

Cristiano Ronaldo yang terkenal sebagai seorang yang murah hati kali ini memberi kejutan kepada pasukan bola sepak wanita bawah 17 (B-17) Portugal dengan mengirimkan kata-kata semangat serta hadiah kasut bola Nike Mercurial Dream Speed untuk mereka.

Beliau menghadiahkan kasut bola tersebut setelah pasukan terbabit berjaya menewaskan Latvia 4-0 untuk layak ke pusingan elit kelayakan Euro 2020.

Skuad wanita Portugal masih belum memenangi kejuaraan utama tetapi Cristiano Ronaldo cuba untuk mencetuskan inspirasi terhadap generasi masa depan untuk mengimpikan kejayaan besar.

Surat yang ditulis oleh bintang Juventus itu kepada pasukan Wanita B-17 itu dibaca oleh pemain pasukan dan kelihatan keterujaan di wajah mereka sebaik sahaja mendapati mereka bakal mendapat hadiah daripada Ronaldo.

“Saya mengirimkan kasut bola Nike Mercurial Dream Speed dengan harapan ia akan membantu anda mencapai impian.

“Sewaktu zaman kanak-kanak, saya ada cita-cita mudah tetapi impian saya gila.

“Tidak, ia bukan jenis impian yang datang ketika anda tidur. Ini adalah salah satu impian yang anda begitu mahukannya yang membuatkan anda terjaga pada waktu malam.

“Saya mahu menjadi pemain bola sepak terbaik di dunia. Saya mendedikasi hidup saya berada di gimnasium, di padang latihan dan melakukan segalanya yang diperlukan untuk membuatkannya menjadi kenyataan.

“Jadi, ia amat penting untuk memiliki impian dan ia lebih penting jika kita bekerja keras untuk mencapainya.

“Saya sedar mimpi saya dan saya berharap anda juga mampu kecapinya. Jangan teragak-agak untuk mengejarnya.

“Jika saya boleh, anda juga boleh lakukannya. Tahniah di atas kelayakan untuk pusingan elit. Kekal fokus dan tumpukan perhatian untuk kejayaan anda seterusnya. Selamat berjaya dan bergembira dengan kasut bola tersebut.”

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button