Bisnes & Ekonomi

Kini Rakyat Malaysia Boleh Melabur Duit Cara Halal Menerusi Aplikasi

Sebuah aplikasi bernama Wahed telah melebarkan sayap mereka ke Malaysia.

Dilancarkan pada Mei 2017, Wahed Inc merupakan syarikat teknologi kewangan (fintech) pertama di dunia dan telah memberi akses pelaburan Islamik kepada lebih 130 negara termasuk pasaran utama seperti India, Pakistan, Nigeria, Timur Tengah dan Utara Afrika.

Setahun setelah pelancarannya di Amerika Syarikat (AS), mereka telah memperluaskan syarikat ke United Kingdom (UK).

 

Aplikasi ‘Robo-Advisor’ Halal Pertama Di Malaysia

Mereka mencipta aplikasi ‘Wahed Invest’ yang memberi kepelbagaian pilihan portfolio untuk pengguna pilih.

Antaranya ialah saham AS, sukuk dan dana dagangan pertukaran emas (ETFs).

Kini Wahed telah ada di Malaysia dengan harapan boleh menjadikan Malaysia sebagai hab untuk pasaran Asia Pasifik setelah menunggu dua tahun untuk mendapatkan lesen bagi beroperasi di sini.

Pegawai Eksekutif Wahed Inc, Kareem Tabbaa juga berkata mereka sedang mengorak langkah untuk memasuki pasaran Indonesia yang memiliki 85% jumlah populasi Islam di Asia Tenggara.

Di Malaysia, Wahed merupakan di antara tiga penasihat-robo (robo-advisors) yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) selain daripada StashAway dan MYTHEO.

Tahun depan, dua firma lagi akan dijangka memasuki pasaran ini setelah mendapat kelulusan daripada SC. Mereka ialah Raiz Invest LTd dan RoboWealth.

Ini menunjukkan peningkatan pesat platform pelaburan automatik dan fintech.

 

Bagaimana Hendak Melabur Dengan Wahed?

Aplikasi Wahed telah direka untuk memudahkan pengguna bagi menggalakkan orang baharu dalam dunia pelaburan dan mahu melaburkan wang mereka dengan cara halal.

Menurut Kareem, Wahed Invest membenarkan pengguna untuk melaburkan wang mereka pada kadar minima iaitu RM100.

Pengguna hanya perlu menjawab beberapa soalan untuk mereke mengetahui sedikit sebanyak tentang diri anda temasuk sebuah proses penyemakan wajah dan profiling yang membolehkan “robo” mengesyorkan pelaburan yang bersesuaian.

“Portfolio ini adalah terdiri daripada pelbagai dana. Oleh itu terdapat kepelbagaian dan orang ramai tidak akan tersekat atau terdedah kepada satu saham sahaja tetapi mereka boleh melaburkan wang mereka di pasaran umum.

Setelah anda memilih pelaburan daripada yang telah disyorkan, anda juga boleh menambahkan pelaburan setelah itu dan kami akan melaburkannya mewakili anda,” jelas Kareem.

Wahed merancang untuk menawarkan empat hingga lima dana bagi orang Malaysia termasuk pasaran saham Malaysia, Amerika, sukuk dan emas.

Kesemua portfolio ini bakal memiliki dana yang sama tetapi pada peratusan yang berbreza.

“Portfolio yang konservatif akan memiliki lebih banyak sukuk berbanding sahan manakala yang agresif bakal memiliki bahagian daripada saham AS dan saham Malaysia. Semua ini anda boleh lihat menerusi aplikasi,” tambah Kareem yang menjelaskan bahawa proses pelaburan melalui aplikasi ini hanya mengambil masa beberapa minit dan Wahed hanya mengenakan cas sebanyak 0.39% hingga 0.79% setahun.

 

Bagaimana Wahed Memastikan Pulangan Saham Adalah Halal

Bagi memastikan kesemua pulangan adalah halal, Wahed memiliki papan etika kajian semula yang melalui proses penapisan yang sangat ketat dan mereka juga akan mengeluarkan laporan “pembersihan” tahunan.

Perkara ini dikelola oleh empat ahli termasuk salah seorang daripadanya ialah Prof Madya Dr Aznan Hasan, mantan penasihat Shariah SC.

Untuk memastikan pelaburan serta keuntungan yang didapati adalah halal, sebelum dana dimasukkan ke dalam portfolio, ia perlu melalui kelulusan papan Shariah terlebih dahulu.

Kami akan memastikan pengguna memahami apa yang mereka laburkan dan bagaimana keuntungan dicapai.

“Jika kami mendapati mana-mana syarikat yang terlibat dengan riba atau bunga, kami akan memberitahu pengguna dan mencadangkan kepada mereka untuk membersihakan pelaburan melalui sumbangan kerana ia telah didapati menjana keuntungan daripada sumber yang tidak dibenarkan.

Bagi yang risau tentang data yang disimpan, Wahed menggunakan server Amazon Web Services yang memiliki kumpulan teknologi informasi yang hebat dengan DNA daripada Microsoft Corp yang boleh memastikan data disimpan dengan selamat.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button