Teknologi

Jelajah Dunia Death Stranding, Kojima Bakal Buat Penampilan di Singapura

Pencipta kepada permainan video Metal Gear, Hideo Kojima dijangka akan membuat penampilan di Singapura pada 17 November 2019.

Penampilan beliau di Victoria Teatre nanti adalah bersempena jelajah dunia pelancaran permainan video sulung Kojima Production, Death Stranding yang akan dilancarkan pada 8 November ini.

Informasi ini diumumkan oleh PlayStation Asia dan mereka turut memaklumkan bahawa Kojima sendiri akan berada di sana di mana peminat berpeluang untuk bertemu beliau.

Baru-baru ini juga, Kojima turut berkongsi ‘trailer’ terbaru Death Stranding ketika Paris Games Week 2019.

Dalam video itu turut diperlihatkan beberapa klip permainan dan pengenalan kepada watak-watak seperti Heartman, Cliff dan watak utamanya, Sam; yang menggunakan reka-rupa pelakon Norman Reedus.

Death Stranding merupakan sebuah permainan video dunia terbuka yang memfokuskan watak Sam dan jalan cerita kemandirian hidup di dunia pada zaman akan datang.

Permainan ini akan dilancarkan seluruh dunia untuk konsol PlayStation 4 mana untuk versi Windows sekitar tahun 2020.

Bersempena permainan ini juga, Kojima Production turut mengesahkan terdapat beberapa edisi yang akan dikeluarkan iaitu Standard Edition (fizikal/digital), Digital Deluxe, Special Edition yang didatangkan dengan kandungan bonus dan berkas besi dan Collector’s Edition dimana terdapat beberapa aksesori khas Death Stranding, berkas besi dan kandungan bonus.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button